Page 33 - tmp
P. 33
Perancangan Sekolah 2020
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
3.4 Masukkan markah bulanan / penggal sebaik sahaja keputusan diperolehi.
3.5 Rancangan mingguan / harian hendaklah disusun mengikut kehendak sekolah/PPD/KPM.
3.6 Dihantar ke pejabat pada setiap hari Khamis atau hari terakhir setiap minggu untuk disemak dan
disahkan.
4. Gerak Kerja Murid
4.1 Rancanglah gerak kerja murid dengan baik, sama ada aktiviti di dalam kelas atau pun aktiviti bertulis.
4.2 Latihan dan aktiviti dari mudah kepada yang lebih kompleks akan memotivasikan murid untuk meminati
pelajaran dan belajar dengan cemerlang.
4.3 Sentiasa memberi galakan dengan pujian dan dorongan atas apa sahaja kemajuan murid walaupun kecil.
4.4 Elakkan daripada memberi tugasan tanpa panduan yang difahami murid atau bebanan kepada mereka.
5. Pemeriksaan Buku Latihan Murid
5.1 Buku latihan / rampaian / buku kerja wajib diperiksa dengan teliti, membuat teguran dan pembetulan
serta memberi ganjaran / markah yang berpatutan jika perlu.
5.2 Elakkan pemeriksaan buku latihan murid di meja guru di dalam kelas. Gunakan masa terluang selepas
mengajar untuk menyelia dan memberi bimbingan ketika murid membuat kerja bertulis/amali. Sebarang
tunjukcara, bimbingan boleh dibuat secara berdepan dengan murid dimejanya sendiri.
5.3 Setiap latihan perlu diperiksa segera untuk mengukur kefahaman murid dan kualiti pengajaran. Elakkan
daripada bertangguh dan memegang buku latihan murid terlalu lama.
5.4 Serahan untuk semakan oleh Guru Besar / PKP / PK HEM / PKKK hendaklah mengikut jadual yang
disediakan. ( Pemantauan Kurikulum Berkualiti )
5.5 Harus diingat, buku latihan murid, latihan yang diberi dan pemeriksaan guru adalah menjadi cermin
kepada ibu bapa tentang guru.
6. Kelas Bimbingan / Tambahan di luar waktu persekolahan
6.1 Usaha guru-guru sangat digalakkan.
6.2 Elakkan menarik diri atau tidak hadir bila ditugaskan atau mencari pengganti guru.
6.3 Semua kelas bimbingan diluar waktu persekolahan biasa perlulah mendapat kebenaran Guru Besar dan
dimaklumkan secara rasmi kepada ibu bapa terlebih dahulu melalui Guru Besar.
7. Kokurikulum
7.1 Secara rasminya semua guru dipertanggungjawabkan mengendalikan gerakkerja kokurikulum sekurang-
kurangnya 2 jam seminggu.
7.2 Kehadiran mengurus gerakkerja kokurikulum adalah wajib. Guru tidak boleh hadir secara bergilir-gilir dan
melepas tanggung jawab kepada orang lain tanpa kebenaran Guru Besar.
SK KOTA KUALA MUDA 19

