Page 35 - tmp
P. 35
Perancangan Sekolah 2020
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
10. Mesyuarat di sekolah.
10.1 Semua mesyuarat perlu diluluskan dengan baik mengikut peraturan mesyuarat. Mesyuarat perlu
diadakan selepas waktu persekolahan atau hari-hari yang tiada PdPC.
10.2 Pengerusi dan setiausaha bertanggungjawab penuh mengendalikan dan menjayakan sesuatu
mesyuarat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan oleh takwim sekolah.
10.3 Notis`/ Surat Panggilan Mesyuarat hendaklah dikeluarkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum
mesyuarat.
10.4 Minit mesyuarat hendaklah diedarkan selewat-lewatnya seminggu selepas mesyuarat dan tidak akan
diedarkan lagi semasa mesyuarat.
10.5 Semua ahli yang terlibat juga wajib menjayakan mesyuarat serta mengambil tindakan segera terhadap
apa-apa cadangan dan keputusan yang diputuskan di dalam mesyuarat. Setiap ahli perlu menyediakan
fail peribadi khas tentang apa-apa mesyuarat yang melibatkannya.
11. Tanggungjawab Menepati Masa
11.1 Waktu tiba: Sampai di sekolah selewat-lewatnya 10 minit sebelum waktu persekolahan bermula.
11.2 Waktu pulang: Sebaik-baiknya selepas semua murid meninggalkan kawasan sekolah atau setelah
selesai semua tugas pada hari tersebut.
11.3 Masuk dan keluar kelas: Tepat pada masanya sama ada jadual sendiri atau jadual ganti. (amalan terpuji
dari segi agama dan profesion perguruan). INGAT, keselamatan murid-murid menjadi tanggungjawab
guru mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kecuaian guru boleh didakwa.
11.4 Waktu kokurikulum : Guru mesti berada tepat pada masanya supaya murid-murid tidak menunggu
terlalu lama dan berkeliaran sesuka hati. Keselamatan murid ketika waktu kokurikulum juga menjadi
tanggungjawab guru.
11.5 Pendaftaran kehadiran dan balik: Hendaklah dibuat oleh diri sendiri di dalam kad perakam waktu. ( 7.30
pagi – waktu hadir / 1.30 petang – waktu pulang ).
12. Tidak hadir bertugas / cuti
12.1 Sila maklumkan kepada Guru Besar/ Penolong Kanan dengan SERTA MERTA melalui telefon untuk
memudahkan urusan Guru Ganti dan lain-lain.
12.2 Sijil Sakit hendaklah diserahkan kepada Guru Besar sebaik sahaja hadir pada hari berikutnya.
12.3 Sijil Cuti Sakit lebih daripada 2 hari daripada doktor swasta tidak digalakkan dan perlu mendapat cap
dan pengesahan daripada doktor kerajaan – Cuti Sakit Swasta tidak melebihi 15 hari setahun.
12.4 Permohonan Cuti Khas, Cuti Tanpa Rekod, Cuti Tanpa Gaji, Cuti Separuh Gaji dan lain-lain hendaklah
dibuat dengan mengisi borang-borang khas seminggu terlebih awal.
12.5 Semua peraturan cuti hendaklah dipatuhi dengan sepenuhnya.
SK KOTA KUALA MUDA 21

