Page 106 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 106
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
berperlembagaan pada tahun 1876 walaupun hanya berjaya dilaksanakan selama
setahun sahaja apabila Sultan Abdul Hamid bertindak menggangtungkan
perlembagaan tersebut dan kembali kepada sistem khalifah berkuasa mutlak. Namun begitu
pelaksanaan sistem khalifah berperlembagaan secara rasminya telah berjaya dilaksanakan pada
tahun 1908.
2. Matlamat perjuangan
● Golongan ini muncul pada awal tahun 1860an berikutan ketidakpuasan hati mereka terhadap
sistem pemerintahan dan pentadbiran semasa era Tanzimat yang memperuntukkan kuasa yang
lebih kepada Perdana Menteri tanpa boleh dipersoalkan.
● Selain itu, gerakan Tanzimat menyebabkan penguasaan Barat terhadap pemerintahan dan
pentadbiran kerajaan Uthmaniyah mengancam kestabilan politik, dalaman dan luaran disebabkan
kebergantungan yang melampau oleh golongan pentadbir dan bangsawan kepada kuasa Eropah.
● Jati diri masyarakat Uthmaniyah mula terhakis lantaran pembaharuan ala Barat yang semakin
meluas tanpa membuat penilaian dari sudut pandangan islam
● Oleh itu gerakan Uthmani Muda menolak sistem pentadbiran yang jelas menyimpang dari tradisi
Uthmaniyah buktinya kuasa tentera dan ulama telah dihapuskan. Bagi golongan Uthmani Muda
kedua-dua kuasa ini amat penting bagi mengimbangi dan menjaga keutuhan pentadbiran kerajaan
bagi mengatasi monopoli kuasa oleh khalifah atau menterinya
● Dengan bermatlamatkan untuk kembali kepada tradisi Uthmaniyah Uthmani Muda berusaha
meletakan peranan ulama sebagai penasihat pemerintah dan tentera
● Tidak dinafikan bahawa golongan Uthmani Muda terdiri dari intekeltual Barat dan melihat Barat
sebagai contoh namun golongan ini berpandangan pengambilan kemajuan Barat harus diberi
penafsiran islam.
3. Konsep pembaharuan
● Antara konsep pembaharuan yang dipelopori oleh golongan ini ialah menukar sistem politik yang
sedia ada kepada “sistem khalifah berpelembagaan” yang berteraskan sistem syura dan ijmak
(menerusi penubuhan Parlimen). Konsep bai‟ah yang ditafsirkan oleh golongan ini sebagai
tanggungjawab khalifah (kerajaan) agar menerima pandangan dan nasihat daripada rakyat.Para
perwakilan akan bersepakat dalam membina dan melaksanakan polisi negara
● Uthmani Muda yakin pemerintahan berlandaskan „sistem khalifah berperlembagaan‟ mampu
mengembalikan kegemilangan kerajaan kerajaan Uthmaniyah.
● Pengaruh gerakan ini mula meningkat pada zaman Sultan Abdul Aziz memandangkan
pemerintahan baginda yang bersifat autokratik di samping keadaan ekonomi kerajaan Uthmaniyah
yang mula goyah dan muflis.
B. Gerakan Turki Muda
1. Keahlian
● Organisasi gerakan Turki Muda pada awalnya telah ditubuhkan di Akademik Perubatan Tentera
Istanbul pada Mei 1887 apabila Kazim Nami Duru bersama rakan-rakannya telah mewujudkan
Ittihat ve Terakki Cemiyeti atau Persatuan Perpaduan dan Kemajuan (Committee of Union and
Progress) atau CUP.
● Idea pergerakan ini diteruskan oleh Ibrahim Temo bersama beberapa orang rakannya iaitu Ishak
Sukuti, Cerkez Mehmel Resad dan Abdullah Cevdet. Ibrahim Temo merupakan seorang muslim
Albania. Beliau pernah menjadi tenaga pegajar di Akademi Perubatan Tentera selama beberapa
tahun.
● Mei 1889 Ibrahim Temo bersama beberapa orang rakannya iaitu Ishak Sukuti, Cerkez Mehmed
Resad dan Abdullah Cevdet telah mencadangkan supaya satu pertubuhan rahsia diwujudkan
dalam kalangan pelajar yang bertujuan untuk menjatuhkan Sultan Abdul-Hamid II (1876-1909).
107

