Page 40 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 40
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
yang dikuatkuasa oleh bapanya. Dasar perluasan kuasa terus dikuatkuasakan dan
pelaksanaan jizyah masih dikenakan terhadap wilayah yang ditawan seperti wilayah
Takharistan, Samarqand, Kashghar, Sind, Baluchistan, Multan dan lain-lain.
3. Zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz
● Pada zaman Jumlah pembayaran jizyah oleh wilayah-wilayah naungan Islam berkurangan. Hal ini
diakibatkan oleh dasar dan konsep yang diamalkan oleh Umar bin Abdul Aziz dalam hal pungutan jizyah.
● Khalifah Umar bin Abdul Aziz menggunakan sistem yang diperkenalkan oleh khalifah Umar al-Khattab dan
tidak menjalankan perluasan kuasa sekaligus menyebabkan tiada kerajaan-kerajaan baharu yang menjadi
naungan pemerintahan beliau.
● Pada zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz, beliau telah melaksanakan beberapa perubahan terhadap
pelaksanaan jizyah dan cuba kembali kepada kaedah Islam yang sebenar. Malahan, khalifah berusaha
mengurangkan rasa tidak puas hati golongan mawali terhadap kerajaan dengan menggalakkan asimilasi
dan perkahwinan campur dengan golongan Arab. Jizyah keatas golongan mawali kemudiannya
dimansuhkan asalkan mereka beragama Islam. Usaha ini mendapat tentangan daripada beberapa gabenor
kerana dikhuatiri akan memberikan kesan buruk terhadap kewangan negara.
● Khalifah Umar Abdul Aziz telah membezakan antara jizyah dan kharaj. Jizyah hanya dikenakan pada
golongan bukan Islam manakala kharaj dikenakan ke atas pemilik tanah tanpa mengira samaada ianya
seorang Islam ataupun bukan Islam. Kadar jizyah kemudiannya telah dikurangkan kepada kadar mampu
dibayar oleh golongan bukan Islam setelah kewangan negara kukuh. Pelaksanaan jizyah yang adil ini
berjaya menarik semula sokongan golongan zimmi dan golongan mawali terhadap kerajaan Umaiyah.
4. Khalifah Yazid bin Abdul Malik
● Apabila khalifah Yazid bin Abdul Malik memerintah, beliau mengamalkan semula sistem jizyah para khalifah
terdahulu dan menaikkan kadar bayaran jizyah sebanyak 20% yang menyebabkan tercetusnya
pemberontakan oleh golongan petani.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, jizyah yang dibayar oleh golongan zimmi digunakan untuk pembangunan dan
menjamin keselamatan serta kesejahteraan mereka. Dasar jizyah yang tidak mesra rakyat dan membebankan
ini akhirnya menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan merupakan salah satu faktor yang
membawa kepada kemerosotan kerajaan Umaiyah.
41

