Page 36 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 36
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Soalan19: Huraikan sumbangan Sultan Muhamad Al-Fatih dalam mengukuhkan Empayar Turki
Uthmaniyah pada abad ke-15.
PENDAHULUAN
Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid. Dilahirkan pada 29
Mac 1432 di Adrianople, sempana Turki-Bulgaria. Digelar al-Fatih iaitu pembebas kerana kejayaannya
membebaskan kota Constantinople. Menaiki tahta seawall usia 19 tahun bagi menggantikan ayahandanya
Sultan Murad II .Memerintah selama 30 tahun bermula 1451-1481 M. Meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika
berusia 49 tahun. Baginda seorang negarawan ulung dan telah memimpin 25 kempen peperangan. Baginda
meninggalkan sumbangan yang cukup besar dalam mengukuhkan Empayar Turki Uthmaniyah abad ke-15M.
ISI-ISIPENTING
1. Mengepung dan Membuka Kota Constantinople
● Kejayaan membuka ibu kota Rom Timur merupakan sumbangan terbesar Sultan Muhammad al-Fatih
dalam mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah. Kejayaan ini bukanlah sesuatu yang mudah namun,
disebabkan kecekapan dan sifat kepemimpinan yang dimiliki oleh baginda disamping memiliki tentera yang
berdisiplin dan berani berjuang menghadapi musuh. Kehebatan baginda terserlah sejak sebelum ekspedisi
ini dilancarkan. Baginda telah membuat kajian tentang sebab musabab kegagalan kempen sebelum ini
dengan mengkaji pelan kota Constantinople dan kerap berbincang dengan para panglima perangnya.
Sultan Muhammad al-Fatih juga melengkapkan angkatan perangnya dengan 265 000 orang tentera, 400
buah kapal laut, membangunkan meriam gergasi yang boleh menembak daripada jarak yang jauh. Baginda
turut membawa bersama ulama dan pakar motivasi yang membantu menaikkan semangat juang tentera
selain membawa jurutera untuk membina peralatan lain seperti tangga atau menara bergerak.
● Sultan Muhammad al-Fatih juga menggunakan kepintarannya dengan mengadakan perikatan atau
perjanjian dengan beberapa buah wilayah berhampiran dengan kota Constantinople seperti Wallachia,
Serbia, dan Hungary bagi mengelak kerajaan Rom Timur mendapat bantuan luar. Baginda memilih kota
Rumeli Hisari sebagai pusat gerakan membolehkan tentera Islam dapat mengawasi lalu lintas kapal yang
di Selat Bosphorus. Semasa kota Constantinople dikepung, Sultan Muhammad menawarkan agar
pemerintah Rom menyerah kalah. Keengganan pemerintah Rom menyebabkan kota tersebut diserang
bertubi-tubi namun gagal untuk menembusinya. Akhirnya baginda telah melaksanakan suatu strategi
baharu dengan mengarahkan kapal-kapal perang diangkut melalui jalan darat ke Bukit Galata sebelum
meluncurkan kapal-kapal tersebut ke Teluk Goldern Horn. Kapal-kapal musuh berjaya dibedil
menyebabkan sistem pertahanan kota tersebut dapat ditembusi. Tentera Islam akhirnya menggunakan
terowong yang dikorek dibawah tanah bagi memasuki kota tersebut sehingga berjaya menguasai kota
tersebut pada 29Mei 1453. Kejayaan ini sekaligus mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah kerana
kerajaan Rom Timur yang berpusat di Constantinople merupakan kerajaan yang sangat kukuh dan sentisa
mengancam wilayah-wilayah Islam. Selain itu, kedudukan kota ini juga sangat strategik untuk dijadikan
pusat pentadbiran empayar Uthmaniyah.
2. Menambahkan Bilangan Penduduk Kota Constantinople
37

