Page 37 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 37

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      ●     Sultan  Muhammad  al-Fatih  juga  meninggalkan  sumbangan  dalam
                                      menambahkan  bilangan  penduduk  kota  Constinople  selepas  berakhirnya  perang.
                   Jumlah penduduk di kota itu terjejas teruk disebabkan ramai yang terbunuh dan melarikan diri semasa
                   perang. Bagi memakmurkan semula kota itu, baginda bertindak menambahkan kembali bilangan penduduk
                   di  situ  dengan  mengambil  beberapa  langkah.  Antaranya,  mengarahkan  supaya  orang  Yunani  yang
                   meninggalkan kediaman mereka kembali semula ke kota berkenaan. Baginda juga mengarahkan negeri-
                   negeri di bawah taklukannya menghantar wakil masing-masing ke kota tersebut bagi memakmurkannya.
               ●  Selain  itu,  orang  Islam  dari  Asia  turut  berpindah  secara  beramai-ramai  ke  ibu  kota  baharu  itu  bagi
                   menjalankan  aktiviti  perniagaan  kerana  kedudukannya  yang  strategik.  Sifat  baik  dan  pemurah  Sultan
                   Muhammad al-Fatih melayani rakyatnya tanpa diskriminasi telah mendorong kebanjiran golongan imigran
                   ke kota ini . Dengan kejayaan tersebut maka empayar Turki Uthmaniyah berjaya dikukuhkan.
               3.  Menyatukan Pemerintahan di Bahagian Utara Balkan
               ●  Sumbangan seterusnya ialah menyatukan pemerintahan di bahagian Utara Balkan yang bertujuan untuk
                   menyekat serangan kaum Magyar. Bagi merealisasikannya, baginda mengambil alih pemerintahan Serbia.
                   Namun  tindakan  itu  tidak  disenangi  pihak  Kristian  menyebabkan  Sultan  Muhammad  al-Fatih  berundur
                   seketika.  Walau  bagaimanapun  baginda  kemudiannya  mengambil  peluang  menawan  Belgrade  ketika
                   berlakunya perebutan takhta dalam kalangan kerabat diraja Belgrade. Sultan  Muhammad al-Fatih juga
                   berjaya menghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania yang berhasrat menjatuhkan baginda. Kesan
                   kejayaan ini kerajaan Uthmaniyah semakin kukuh di Eropah.

               4.  Menghapuskan Kerajaan-kerajaan Kecil di Eropah
               ●  Bermula 1458 Masihi Sultan Muhammad al-Fatih juga turut berjaya menghapuskan beberapa kerajaan kecil
                   di  Eropah  seterusnya  mengukuhkan  empayar  Uthmaniyah.  Antaranya,  baginda  berjaya  menjatuhkan
                   kerajaan Trebizond iaitu kerajaan Yunani terakhir di Asia Kecil. Baginda juga berjaya mengalahkan tentera
                   Venice. Selain itu, pada tahun 1462, Raja Venice di Croatia pula berjaya dikalahkan yang membawa kepada
                   penyerahan  wilayah  Venice  dan  Albania.  Sumbangan  ini  sudah  tentu  mengukuhkan  empayar  Turki
                   Uthmaniyah.

               5.  Mendirikan Masjid
               ●  Sumbangan Sultan Muhammad al-Fatih yang seterusnya ialah mendirikan masjid-masjid di kota baharu
                   umat Islam itu. Antaranya baginda telah menukar Gereja Besar St.Sophies menjadi Masjid Aya Sophia.
                   Bangunan  masjid  itu telah diubah suai  mengikut senibina Islam.  Pada  dinding  dan tiang masjid dihiasi
                   dengan ayat-ayat al-Quran bertulisan khat yang indah. Di luar masjid pula dibina sebuah menara. Selain
                   itu, baginda juga membina 11 buah masjid lain termasuk sebuah masjid yang berhampiran dengan makam
                   Abu  Ayyub  al-Ansari.  Di  tepi  masjid  itu  dibina  sebuah  kubah  yang  berwarna  putih.Tempat  ini  akhirnya
                   menjadi tumpuan ahli tasawuf. Sumbangan ini telah memakmurkan kota tersebut sekaligus mengukuhkan
                   empayar Turki Uthmaniyah.

               6.  Mendirikan Bangunan Lain
               ●  Bagi membangunkan lagi kota itu, Sultan Muhammad al-Fatih turut memberi sumbangan besar dengan
                   membina  lebih  banyak  bangunan-bangunan  lain.  Antaranya  kerana  baginda  sangat  mementingkan
                   pendidikan  maka  institusi-institusi  pendidikan  khasnya  madrasah  dan  perustakaan  telah  dibuka.  Bagi
                   menjaga  kebajikan  rakyat,  baginda  mendirikan  hospital,  rumah  kebajikan,  rumah  fakir  miskin,  dan
                   menyediakan  kemudahan  telaga.  Bagi  meningkatkan  tahap  keselamatan  pula,  baginda  telah  membina
                   limbungan kapal, gedung senjata, dan sebuah kubu yang dilengkapi dengan menara kawalan.Sumbangan
                   baginda telah berjaya membangunkan kota tersebut selain melindungi kota dari  serangan musuh sekaligus
                   mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah.

               7.  Kebebasan Beragama
               ●  Semasa Sultan Muhammad al-Fatih mentadbir kota itu, baginda telah berjaya mengambil hati ramai orang-
                   orang Yahudi dan Arab yang di tindas di Andalusia. Oleh itu, golongan Yahudi dan Arab ini telah berpindah

                                                                                                               38
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42