Page 43 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 43

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021

                                      KESIMPUALAN.
                      Sistem  ekonomi  islam  sebenarnya  berasaskan  konsep  tauhid  bagi  melahirkan  manusia  yang
               beriman,beramanah  dan  bertanggungjawab.    Sumber  wahyu  merupakan  asas  kepada  penggubalan  dan
               pelaksanaan segala kegiatan ekonomi yang melibatkan umat islam.







               Soalan 24 : Bincangkan kegiatan dan sumber pendapatan ekonomi Islam pada zaman Nabi Muhammad
               SAW pada abad ke-7 Masehi.

               PENDAHULUAN
                      Madinah  merupakan  sebuah  kawasan  yang  asalnya  sebuah  oasis.  kawasan  yang  subur  dan  kaya
               dengan kegiatan ekonomi terutama perdagangan dan pertanian.


               ISI-ISI PENTING:

               Kegiatan ekonomi
               •   Kegiatan ekonomi utama adalah perdagangan dan pertanian. Tanaman seperti anggur,barli,dan gandum.
                   tamar adalah tanaman yang penting dan memberi faedah kepada penduduk madinah. Barangan yang di
                   perdagangkan ialah kurma, bijirin, emas, zamrud dan arak. Ekonomi di Madinah di monopoli oleh golongan
                   yahudi. Mereka merupakan Usahawan, petani dan peniaga yang mengamalkan riba. Manakala Puak Aus
                   dan kharaj mengusahakan tanah yang kering kontang dan hidup dalam kemiskinan.

               •   Aktiviti perniagaan di madinah terbukti apabila wujud pasaran harian dan bermusim. Muhammad bin habib
                   al-Bagdadi  mencatatkan  bahawa  terdapat  sekurang-kurangnya  sebelas  pasar  bermusim  sebelum
                   kedatangan  islam  dan  terus  berkembang  pada  zaman  islam  seperti  ukaz,  majannah,  Zu  al-majaz  dan
                   hubashah.

               •   Pertanian dan penternakan .Dari segi ekonomi, masyarakat Arab pada keseluruhannya menjalankan aktiviti
                   menternak  binatang  seperti  unta,kambing  dan  biri-biri.  Mereka  berkhemah  di  lembah  yang  terdapat
                   takungan  air  bagi  memajukan  usaha  ternakan  dan  tanaman.  Daripada  binatang  ternakan    mereka
                   mendapat bekalan makanan seperti daging, susu dan keju. Di samping itu, mereka memanafaatkan kulit
                   binatang untuk membuat khemah,pakaian dan bekas menyimpan air.
               •   Selain menternak binatang, mereka juga menjalankan kegiatan bercucuk tanam seperti menanam kurma,
                   gandum, jagung, anggur dan sayur-sayuran.Bagi mereka yang tinggal di kota,lazimnnya akan menjalankan
                   urus niaga dan pertukangan. Mereka berniaga menerusi jalan darat seperti qafilah. Setiapkafilah disertai
                   oleh ramai pedagang . Dengan cara berkumpulan ini mereka berasa lebih selamat memandangkan mereka
                   terpaksa berjalan beratus-ratus kilometer.

               Sumber pendapatan ekonomi

                     1.  Derma/Sedekah/Wakaf
               •   Merupakan sumber kewangan utama umat islam di madinah yang mencabar sehingga mencapai kemuncak
                   kegemilangannya.  Rasulullah  pernah  meminta  umat  islam  supaya  memberikan  sumbangan  kepada
                   kebajikan  satu  kabilah  yang  baru  memeluk  islam.  Contoh;  makanan,  pakaian,  sementara  orang  ansar
                   mendermakan wang.

                                                                                                               44
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48