Page 38 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 38

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      ke  Istanbul.  Disebabkan  kehadiran  mereka,  Sultan  Muhammad  al-Fatih  telah
                                      meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi dalam kalangan
                   mereka. Baginda juga telah membenarkan agama Kristian diamalkan dengan mengekalkan gereja dan
                   golongan  Ortodoks.  Tindakan  baginda  menyebabkan  pemerintahannya  disenangi  segenap  lapisan
                   masyarakat seterusnya mengukuhkan empayar Turki Uthmaniyah.

               KESIMPULAN
                      Kesimpulannnya, sepanjang 30 tahun pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih baginda telah memberi
               sumbangan  yang  cukup  besar  dalam  mengukuhkan  empayar  Turki  Uthmaniyah.  Kejayaan  menawan  dan
               membuka  kota  Constantinople  merupakan  sumbangan  yang  paling  bermakna  kerana  ia  adalah  titik  tolak
               kejatuhan Rom Timur yang menjadi ancaman kepada kerajaan Islam
               Soalan 20 : Huraikan bentuk perhubungan luar melalui bayaran jizyah pada zaman Khulafa al-Rasyidin.

               PENGENALAN
                       Jizyah merupakan perkataan Arab yang bermaksud ganti rugi atau balasan terhadap kebaikan atau
               keburukan. Jizyah dianggap sebagai pemberian ufti oleh seorang individu atau negara bukan Islam kepada
               kerajaan Islam yang memerintah. Jizyah juga ditakrifkan sebagai cukai politik yang dikenakan ke atas golongan
               kafir zimmi yang berlindungan nyawa dan harta benda daripada pemerintah Islam. Orang bukan Islam yang
               membayar  jizyah  akan  diberi  hak  yang  sama  seperti  orang  Islam  dan  mendapat  kebebasan  beragama.
               Pelaksanaan jizyah ini sebenarnya sudah diamalkan pada zaman Nabi dan diteruskan pada zaman Khulafa‟
               al-Rasyidin  dengan  lebih  signifikan  kerana  dasar  peluasan  kuasa  yang  dilaksanakan  oleh  khalifah.  Melalui
               pembayaran jizyah, hubungan diplomatik dan naungan antara Madinah dan kerajaan lain dapat dibentuk.

               ISI-ISI PENTING
               1.  Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
               ●  Sebagai contoh, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah memberi pilihan kepada kerajaan Iraq dan Syria sama
                   ada ingin diserang, membayar jizyah atau memeluk  Islam. Iraq dan  Syria bersetuju membayar 19 ribu
                   dirham  setahun  sebagai  jizyah.Melalui  pembayaran  jizyah  juga,  telah  banyak  kerajaan  yang  menjadi
                   wilayah naungan kerajaan Madinah. Contohnya, pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, kerajaan al-
                   Anbar dan Ain al-Tamar telah menjadi naungan kerajaan Madinah setelah panglima Khalid al-Walid berjaya
                   menawan kedua-dua kerajaan tersebut.
               ●  Kerajaan-kerajaan tersebut telah melakukan pembayaran jizyah kepada Madinah dan menjadikan mereka
                   berada dibawah naungan kerajaan Islam Madinah. Melalui pembayaran jizyah dan naungan pengaruh serta
                   kedudukan kerajaan Madinah semakin kukuh sekaligus membantu Islam untuk tersebar dengan meluas.

               2.  Zaman Khalifah Umar al-Khattab
               ●  Pada zaman khalifah Umar bin al-Khattab menyaksikan semakin banyak negara menyatakan kesanggupan
                   berada dibawah naungan kerajaan Islam. Mesir contohnya, sanggup berada di bawah naungan kerajaan
                   Islam setelah Amru al-As menghapuskan penjajahan Byzantine di sana. Penduduk Baitul muqaddis melalui
                   pemimpinnya telahmenandatangani perjanjian damai dengan khalifah dengan khalifah Umar bin al-Khattab
                   dengan  menyatakan  kesanggupan  membayar  jizyah  dengan  syarat  kerajaan  Islam  memberi  jaminan
                   keselamatan jiwa, nyawa, harta benda, jaminan kebebasan beragama serta amalan ibadat bagi semua
                   penduduk  di  Baitul  muqaddis  disamping  bersedia  menyerahkan  segala  masalah  yang  tidak  dapat
                   diselesaikan oleh penduduk Baitul muqaddis kepada pemerintah Islam.
               ●  Selain itu, Syam, Palestin dan Jordan turut sama menyatakan kesanggupan membayar jizyah berikutan
                   kejayaan tentera Islam di bawah pempinan Khalid bin al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah mengalahkan
                   Byzantine dalam beberapa siri peperangan.

               3.  Zaman Khalifah Uthman bin Affan
               ●  Pada  zaman  pemerintahan  Khalifah  Uthman  bin  Affan  pula,  beberapa  buah  kawasan  di  utara  Afrika
                   menyatakan  kesanggupan  berada  di  bawah  naungan  kerajaan  Islam  serta  sanggup  membayar  jizyah.
                   Umpamanya, penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli dan Nubah.
                                                                                                               39
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43