Page 39 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 39

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021

                                      4.    ZamanKhalifahAlibin AbiTalib
               ●  Akibat daripada perpecahan dan perang saudara yang tercetus semasa pemerintahan Khalifah Ali bin Abi
                   Talib, banyak negeri yang asalnya wilayah naungan Islam tidak membayar jizyah dan membebaskan diri
                   daripada menjadi wilayah naungan kerajaan Islam Madinah.

               KESIMPULAN
                       Kesimpulannya, pelaksanaan jizyah bukan sahaja membuktikan kehebatan kerajaan Islam Madinah
               tetapi dapat meningkatkan pendapatan negara. Sumber jizyah yang dikumpul dimanfaatkan untuk memajukan
               negara seperti penyediaan infrastruktur dan membantu golongan yang tidak bernasib baik serta mewujudkan
               iklim politik yang stabil.


               Soalan21: Bincangkan bentuk hubungan luar iaitu melalui pembayaran jizyah pada zaman Khalifah Bani
               Umaiyah.
               PENGENALAN
                       Jizyah iaitu ufti yang dibayar oleh golongan kafir zimmin kepada negara Islam. Perlu dibayar secara
               tahunan  mengikut  kadar  yang  berpatutan  sesuai  dengan  kedudukan  dan  kemampuan  individu  tersebut.
               Pembayaran jizyah membolehkan mereka diberi hak yang sama seperti orang Islam dan berlindung di bawah
               pemerintahan kerajaan Islam. Jizyah ini turut diamalkan pada zaman khalifah Bani Umaiyah. Para khalifah Bani
               Umaiyah  mengamalkan  sistem  jizyah  tetapi  konsep  dan  sistem  pelaksanaannya  berbeza  antara  khalifah-
               khalifah Bani Umaiyah mengikut falsafah masing-masing. Namun, melalui pembayaran jizyah, negeri-negeri
               tersebut menjadi negeri naungan kerajaan Islam yang berpusat di Damsyik.

               ZAMAN KHALIFAH BANI UMAIYAH

                     1.  Zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan
               ●  Berlaku perubahan dasar dalam pelaksanaan jizyah pada zaman Khalifah Umaiyah iaitu pelaksanaan jizyah
                   bukan sahaja dikuatkuasakan kepada golongan bukan Islam iaitu kafirzimmi tetapi turut dikenakan kepada
                   golongan Islam yang bukan berketurunan Arab dikenali sebagai golongan Mawali. Perubahan ini bermula
                   pada  zaman  Khalifah  Abdul  Malik  atas  nasihat  gabenornya  iaitu  al-Hajjaj  Yusof  al-Thaqafi.  Alasannya,
                   kerana ramai golongan bukan Arab memeluk Islam untuk mengelakkan membayar jizyah. Keadaan ini telah
                   mengurangkan sumber pendapatan negara, bahkan pada waktu yang sama Khalifah Abdul Malik terpaksa
                   membayar sejumlah wang yang besar kepada kerajaan Byzantine sebagai jaminan keamanan.
               ●  Situasi semakin parah dengan pemberontakan yang mula mengancam keamanan negara dan memerlukan
                   dana  kewangan  yang  tinggi.  Situasi  ini  akhirnya  mempengaruhi  perubahan  dalam  pelaksanaan  jizyah.
                   Pengenalan  pembayaran  jizyahyang  dikenakanterhadap  golongan  Islam  bukan  Arab  (Mawali)  telah
                   menimbulkan  kemarahan  golonganSyiah  di  Kufah  dan  Khawarij  di  Iraq  terhadap  kerajaan  Umayyah.
                   Akibatnya,  golongan  mawali  yang  berjaya  dibendung  kebangkitan  pada  peringkat  awal  pemerintahan
                   kerajaan Umayyah telah bertindak menyokong pemberontak yang menentang kerajaan Umayyah.
               ●  Demi  menampung  perbelanjaan  negara,  berlaku  tekanan  dan  penindasan  oleh  kerajaan  dengan
                   mengenakan pembayaran cukai tanah (kharaj) sebanyak empat dirham seorang disamping bayaran jizyah.
                   Khalifah  Abdul  Malik  telah  menghentikan  kaedah  pembayaranjizyah  dalam  bentuk  hasil  pertanian,
                   sebaliknya perlu dibayar secara tunai, malahan telah meningkatkan jumlahnya sebanyak empat kali ganda.
                   Pada zaman Khalifah Abdul Malik, golongan rahib (agamawan) yang selama ini dikecualikan membayar
                   jizyah  sejak  zaman  Khalifah  Umar  al-Khattab  telah  dikenakan  jizyah  sebanyak  satu  dinar.  Dasar
                   pelaksanaan jizyah pada zaman Khalifah Abdul Malik telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam
                   kalangan rakyat khasnya golongan rahib dan mawali.
                     2.  Zaman Khalifah al-Walid bin Abdul Malik
               ●  Pada zaman Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, dasar dan pelaksanaan jizyah hampir sama dengan dasar

                                                                                                               40
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44