Page 48 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 48

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      sesuatu harta yang baharu ditemui atau baharu wujud dalam kalangan masyarakat
                                      Islam.

                     4.  Agihan zakat
                  •   Pada zaman Khalifah Abbasiyah hasil zakat diagih kepada umat Islam yang layak  berdasarkan undang-
                      undang Islam. Lapan golongan umat Islam yang layak menerima zakat iaitu fakir,miskin,amil,muallaf,
                                                   t
                      riqab(hamba yang dijanjikan oleh uannya untuk dimerdekakan), gharimin, fisabilillah dan ibn sabil.

               KESIMPULAN:
               Pelaksanaan zakat pada zaman Abbasiyah telah menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan negara
               Islam pada masa itu.
               Soalan 28 : Bincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan dalam Islam

               PENDAHULUAN :
                      Pendidikan dapat didefinasikan sebagai usaha menyerapkan ilmu pengatahuan , sama ada secara teori
               atau  praktikal  bagi  membentuk  peribadi  atau  watak  seseorang  individu  bagi  menempuh  kehidupan  yang
               semakin kompleks. Pendidikan islam dikaitkan dengan beberapa istilah khusus antaranya tarbiyah , ta’lim ,
               tadris , ta’dib  dan irsyad.Pendidikan merupakan satu proses abadi yang membawa perkembangan mental dan
               fizikal serta kesedaran manusia terhadap Tuhan. Pendidikan Islam dikaitkan dengan beberapa istilah seperti
               tarbiyah iaitu proses pembentukan peribadi seseorang individu, ta’lim iaitu proses pemindahan ilmu, ta’dib iaitu
               proses pembentukan sahsiah sebagimana yang kehendaki oleh Islam dan irsyad iaitu petunjuk berasaskan
               syariah

               ISI-ISI PENTING

               Falsafah Pendidikan Islam
                      Merupakan  Proses  Pendidikan  Sepanjang  Hayat.  Tiga  elemen  falsafah  yang  kaitkan  dengan
               pendidikan Islam ialah akidah, ilmu dan amal .Bermula dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Kebebasan
               kepada semua orang untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira jantina , kekayaan  dan warna kulit.
               Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan atau fardhu , sama ada kepada kaum lelaki mahupun wanita.  Oleh
               itu , menjadi tanggungjawab kepada setiap individu untuk mencari ilmu kerana agama islam sendiri memandang
               tinggi dan menghormati orang yang menuntut ilmu.

               Ciri-ciri Pendidikan Islam
               1.  Sumber utama berlandaskan al-Quran dan Sunnah
                  •   Sumber  yang  sah  dan  hakiki  ,  diikuti  sunnah  atau  hadis  Rasulullah  SAW.  Selain  itu,  berpandukan
                      sumber  akal  dalam  bentuk  ijtihad  dan  qias  bagi  menjelaskan  parkara-perkara  yang  tidak  dapat
                      diterangkan secara jelas oleh sumber al-quran dan sunnah.
                  •   Fokus utama ialah memenuhi keperluan kerohanian , menanamkan kepercayaan dalam pemikiran dan
                      hati , pemulihan akhlak dan membangunkan jiwa merdeka Menurut ibn khaldun, matlamat pendidikan
                      islam  ialah  mempersiapkan  seseorang  dari  segi  keagamaan  iaitu  mengajarnya  tentang  syiar-syiar
                      agama menerusi al-Quran dan sunnah.

               2.  Mempertingkatkan daya pemikiran
                   •   Tahap pemikiran yang tinggi , seseorang itu dapat membuat pelbagai pekerjaan dan menambahkan
                      daya kreativitinya. Memperlengkapkan akhlak manusia sesuai dengan fungsi kejadian manusia sebagai
                      khalifah dan hamba Allah SWT yang wajib mengamalkan nilai-nilai akhlak bertunjangkan amal ma’ruf
                      nahi munkar.

               3.  Pembangunan seimbang antara aspek Naqliah dan Aqliah
                   •   Membolehkan  manusia  mengenali  pencipta-Nya  dan  mentaati  segala  perintah  dan  suruhan-
                      Nya.Bersifat dinamis , melibatkan proses pendidikan sepanjang hayat , iaitu bermula daripada buaian
                                                                                                               49
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53