Page 47 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 47

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      dan lain-lain.
                                      Pelaksanaan Jizyah pada zaman Khalifah Umar al Khattab dijalankan oleh gabenor-
               gabenor  wilayah.  Antara  kawasan  pungutan  jizyah  yang  penting  adalah  Baitul  Muqaddis  ekoran kekalahan
               Byzantine,  babylon,  Mesir  dan  Syria.  Kadar  bayaran  jizyah  oleh  kerajaan  tersebut  adalah  19  ribu  dirham
               setahun dan dibayar terus kepada kerajaan Islam di Madinah..

               KESIMPULAN :
               Pelaksanaan Jizyah yang dilaksanakan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab menyumbang kepada kemajuan
               dan kemakmuran negara Islam.

               Soalan 27 : Analisiskan pelaksanaan zakat pada zaman  Khalifah Abbasiyah abad ke- 9M hingga abad
               ke-11M.

               PENGENALAN:
               •   Pengertian zakat,Jenis zakat,Latar belakang kerajaan Abbasiyah abad ke-9 hingga abad ke-11

               ISI-ISI PENTING:
               1.  Pentadbiran institusi zakat
               •   Khalifah Abbasiyah meneruskan dan memperkukuhkan dasar dan pelaksanaan zakat seperti yang telah
                   dilaksanakan oleh kerajaan Bani Umayyah.Kerajaan Pusat telah melantik Kadi yang pakar dalam bidang
                   syariah bagi membantu melicinkan urusan pentadbiran zakat. Khalifah Abbasiyah juga telah mewujudkan
                   satu jawatan baharu iaitu Ketua Kadi bagi membantu Khalifah dalan urusan pentadbiran zakat. Cth: Khalifah
                   Harun al Rasyid pernah mendapatkan khidmat nasihat daripada Abu Yusuf tentang isu-isi berkaitan zakat.
               •   Perkembangan  intelektual  pada  zaman  Abbasiyah  membentuk  empat  mazhab  awal  dalam  Islam  iaitu
                   Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali. Perkembangan mazhabmembawa
                   kepada tafsiran zakat berbeza-beza yang mempengaruhi urusan pentadbiran dan pelaksanaannya.
               •   Pentadbiran  institusi  zakat  di  peringkat  pusat  berada  di  bawah  khalifah  maanakala  peringkat  wilaya  di
                   bawah gabenor.Khalifah melantik amil yang berkelayakan untuk urusan pungutan, agihan dan pemantauan
                   pelaksanaan zakat.Khalifah dan gabenor menubuhkan baitulmal bagi menyelenggara hasil pungutan zakat
                   dan sumber-sumber lain serta melantik pegawai khas menguruskan pentadbiran baitulmal berkenaan.

               2.  Sumber zakat
               •   Zakat dikenakan kepada umat Islam terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Mengikut Imam
                   Syafie, bayaran zakat fitrah dilakukan pada awal bulan Ramadan sehingga pagi 1 Syawal iaitu sebelum
                   solat sunat Aidilfitri.Zakat harta boleh dibayar apabila cukup tempoh dan kadarnya 2.5 peratus daripada
                   jumlah harta. Zakat harta pada zaman Abbasiyah meliputi binatang ternakan, emas dan perak termasuk
                   mata wang negara, harta perniagaan dan barang dagangan, hasil pertanian buahan dan bijian, maadin
                   (hasil  bumi)dan  kekayaan  laut  serta  rikaz  (harta  karun  yang  tiada  pemiliknya  dan  kadar  zakatnya  1/5
                   daripada  jumlah  rikaz).Pada  zaman  khalifah  Abdul  al  Daulah,  binatang  dikenakan  zakat  seperti
                                     l
                   kambing,biri-biri dan embu yang syaratnya cukup nisab dan haul serta diternak dipadang rumput bebas dan
                   bukan untuk bekerja.

               3.  Kutipan zakat
               •   Pada  zaman  khalifah  Abbasiyah,  kutipan  zakat  dan  cukai  semakin  bertambah  berikutan pertambahan
                   wilayah Islam dan umat Islam serta kepesatan ekonomi. Khalifah menguatkuasakan pungutan zakat secara
                   tegas dalam usaha menegakkan hukum Allah. Khalifah dan gabenor melantik amil-amil berkelayakan dan
                   mahir  dalam  bidang  syariah  dan  matematik  di  peringkat  pusat  dan  wilayah.  Selain  itu  amil  bertugas
                   memerhatikan  golongan  berharta,  mentaksir  dan  seterusnya  mnegutip  zakat  daripada  mereka.  Para
                   petugas zakat bertanggungjawab memantau pengagihan harta zakat. Zakat boleh dikeluarkan dalam bentuk
                   harta  benda  yang  ditetapkan  atau  wang  tunai.Khalifah  Abbasiyah  telah  melakukan  beberapa
                   penambahbaikan kepada hukum zakat dan memperluaskan asas zakat dengan mengenakan zakat ke atas
                                                                                                               48
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52