Page 46 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 46

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                             Kesan daripada kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan ini secara tidak
                                      langsung telah dapat menjadikan umat Islam menikmati taraf hidup yang tinggi.
               Malah, melalui pendapatan yang diperoleh oleh kerajaan, ia telah disalurkan untuk menyediakan kemudahan
               prasanara seperti tali air,masjid dan sekolah.







               Soalan 26 : Bincangkan pelaksanaan jizyah pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.

               PENGENALAN:
               •   Pengertian jizyah
               •   Konsep Jizyah
               •   Latar belakang pemerintahan Khalifah Umar al Khattab

               ISI-ISI PENTING:

            1.  Pelaksanaan jizyah zaman Khalifah Umar al Khattab
               Pungutan jizyah semakin meningkat pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab berikutan banyak
               kejayaan yang telah dicapai dalam ekspedisi ketenteraan seperti di mesir, Iraq dan Syam. Bagi melicinkan
               pungutan jizyah khalifah telah mengarahkan para gabenor melaksana dan menentukan kadar jizyah ke atas
               wilayah  masing-masing.  Namun  untuk wilayah  penting  khalifah  sendiri  memberikan  persetujuan  melalui
               perjanjian pelaksanaan izyahbseperti ke atas pemerintah Byzantine setelah kerajaan islam berjaya menawan
                                    j
               Palestin

            2.  Jenis atau kategori jizyah
               Jenis jizyah terbahagi kepada dua iaitu Sulh al Jizyah (cukai perlindungan) dan Jizyah al Ru‟us (cukai diri).
               Kadar  jizyah  berbeza-beza  mengikut  perjanjian  yang  dipersetujui  dan  bergantung  kepada  kemampuan.
               Golongan yang dikecualikan jizyah ialah orang perempuan, kanak-kanak, orang tua, fakir miskin, golongan
               cacat dan lemah, hamba dan golongan sakit berpanjangan.

            3.  Pelaksanaan jizyah melalui naungan
               Pemimpin  Baitul  Muqaddis  telah  mengadakan  perjanjian  dengan  khalifah  Umar  bin  al  Khattab  dengan
               menyatakan  persetujuan  untuk  membayar  jizyah  selagi  kerajaan  Islam  mampu  memberikan  jaminan
               keselamatan selagi kerajaan Islam mampu memberikan memberikan jaminan keselamatan ke atas nyawa dan
               harta  mereka  serta  kebebasan  beragama  dan  amalan  peribadatan.  Hal  yang  sama  dilakukan  terhadap
               pemerintah Babylon yang diwakili oleh Muqauqis yang bersetuju membayar jizyah. Penduduk Syam, Palestin
               dan Jordan juga  bersetuju membayar jizyah selepas kejayaan tentera Islam pimpinan  Khalid  al Walid Abu
               Ubaidah al Jarrah mengalahkan tentera Byzantine dalam beberapa  siri peperangan.

            4.   Islam mementingkan kebajikan dalam pelaksanaan jizyah
               Khalifah Umar mengarahkan gabenor Syam memulangkan semula jizyah kerana pemerintah Islam tidak yakin
               dapat melindungi dan mempertahankan golongan zimmi di Syam daripada serangan Rom. Kebajikan menjadi
               asas utama disebalik jizyah.

            5.  Kadar dan waktu bayaran jizyah:
               Mengikut  amalan  Khulafa  al  Rasyidin  ,  kadar  tahunan  jizyah  ialah  48  dirham  (golongan  kaya)  24  dirham
               (golongan  pertengahan)  12  dirham  (golongan  miskin  yang  mampu  menyara  hidup  mereka)  .  Cukai  jizyah
               dibayar sama ada dalam bentuk mata wang atau harta benda yang bernilai seperti ternakan, hasil pertanian

                                                                                                               47
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51