Page 51 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 51

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      berjaya melanjutkan pelajaran ke Makkah, India dan Mesir. Rangkang yang terkenal
                                      terletak  di  Banda  Acheh.  Banyak  ulama  yang  terkenal  dari  luar  negara  datang
                   mengajar di situ dan pelajar-pelajarnya datang dari pelbagai daerah.
               •   Peringkat  pendidikan  Dayah  disamakan  dengan  sekolah  menengah  atas  di  Indonesia  atau  madrasah
                   Aliyah. Dua jenis Dayah iaitu Dayah bersifat khusus dan Dayah bersifat umum. Dayah bersifat khusus
                   seperti Dayah untuk wanita sahaja dan Dayah yang khusus dalam bidang pertanian, ilmu pertukangan, ilmu
                   perniagaan menurut syariat Islam. Antara Dayah yang terkenal ialah Dayah Cot Kala dan Dayah Teugku
                   Chik.
               •   Jamiah/Universiti Baitur Rahman bermula daripada masjid Baitur Rahman dinaiktarafkan menjadi Jamiah
                   Baitur Rahman. Ia berfungsi sebagai institusi pendidikan peringkat tertinggi yang terdiri daripada berbagai-
                   bagai fakulti seperti fakulti ilmu tafsir dan hadis.
               •   Lembaga Pelaksana Pendidkan
               •   Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menubuh Lembaga Pelaksana Pendidikan yang terdiri daripada
                   Balai Setia Hukama, Balai Setia Ulama dan Balai Jamaah Himpunan Ulama.
               •   Balai Setia Hukama tempat para Ulama dan ahli fikir untuk membahaskan perkara-perkara yang menyentuh
                   tentang pendidikan.
               •   Balai Setia Ulama tempat menguruskan masalah-masalah yang berkaitan dengan pendidikan.
               •   Balai Himpunan Jamaah Himpunan Ulama merupakan kelab perbincangan bagi para sarjana dan ulama
                   bertukar-tukar  pandangan,  berseminar,membahaskan  masalah  pendidikan  dan  sebagai  tempat
                   mengembangkan ilmu pengetahuan.

             4. Tenaga pengajar
               •   Tenaga pengajar terdiri daripada ulama atau sarjana daripada Acheh dan negara Islam yang lain seperti
                   Arab,Turki, Parsi dan India.Pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Muda Iskandar Muda Darma Wangsa
                   Perkasa Alam (1607-1636) terdapat sebanyak 44  orang tanaga pengajar di Jamiah Baitur Rahman.
             5. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di Acheh
               a.  Kaedah bercerita untuk mempelajari ilmu sirah dan sejarah.
               b.  Kaedah halaqah diadakan pada semua peringkat pengajian
               c.  kaedah perbincangan dan perdebatan dijalankan dalam kalangan para ulama dan sarjana. Hal ini bertujuan
                   untuk perbincangan masalah berkaitan pendidikan.
               d.  Kaedah tunjuk cara digunakan untuk menunjukkan cara solat
               e.  kaedah lisan digunakan untuk memantapkan bacaan alQuran dan al Hadis.

               KESIMPULAN:
               Perkembangan sistem pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-16 M hingga abad ke-17 M telah menyumbang
               kepada  zaman  keemasan  Acheh  terutamanya  dalam  aspek  keilmuan  Islam  di  rantau  Nusantara  sehingga
               Acheh dikenali sebagai Serambi Mekah.


               Soalan 30: Usaha dan galakan para khalifah merupakan pendorong utama perkembangan  pendidikan
               pada zaman kerajaan Abbasiyah. Nilaikan .

               PENGENALAN
                      Pendidikan merupakan suatu keperluan bagi segenap lapisan masyarakat dan menjadi asas   untuk
               menggerakkan  ketamadunan  bangsa.  Pendidikan  dalam  perspektif  Islam  merupakan  suatu  proses  yang
               berlaku sepanjang hayat
               Kerajaan  Abbasiyah  (750-1258M)  ditubuhkan  melalui  revolusi  yang  dilancarkan      terhadap  pemerintahan
               kerajaan Umayyah. Pendidikan telah berkembang pesat di zaman kerajaan Abbasiyah sama ada ilmu agama
               mahupun ilmu-ilmu keduniaan


                                                                                                               52
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56