Page 50 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 50
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
sebagai persediaan menghadapi kehidupan di dunia dan akhirat.
Soalan 29 : Bincangkan sistem pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-16 M hingga ke 17 M.
PENGENALAN:
1. Latar belakang Acheh sebagai kerajaan Islam di Nusantara
2. Latar belakang Acheh sebagai Serambi Mekah.
ISI-ISI PENTING
1. Dasar pendidikan Acheh
• Acheh mempunyai sistem pendidikan islam yang teratur bermula dari peringkat meunasah (rendah),
rangkanh (menengah) dan Jamiah Baitur Rahman (universiti). Pada peringkat meunasah ditekankan aspek
menulis dan membaca bahasa Arab dan al Quran. Manakala pada peringkat rangkang menekankan mata
pelajaran fikah, ibadat, tauhid, sejarah dan tasawuf. Peringkat Jamiah Baitur Rahmanpula merupakan
sebuah institusi universiti yang terdapat 17 bidang pengajian. Pendidikan sekular seperti geografi,sejarah
dan matematikturut mendapat perhatian pada zaman ini.
2. Kurikulum pendidikan Acheh
• Kurikulum pendidikan di Acheh tertumpu pada ilmu Fardu Ain seperti Rukun Iman, Rukun Islam, fiqah,
ibadat dan akhlak. Para pelajar dilatih bernasyid berhubung dengan agama iaitu dinamakan dike (zikir) atau
seulawat (selawat) pada setiap malam Jumaat. Kanak-kanak yang khatam al Quran diajar beberapa kitab
agama yang ditulis dalam bahasa Jawa dan Acheh seperti kitab perukunan dan Risalah Masail al Muhtadin.
Sejarah Islam diajar dengan cara bercerita.
• Kurikulum peringkat rangkang terdiri daripada ilmu agama dan ilmu umum.seperti geografi, sejarah dan
matematik. Para pelajar menggunakan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab.
• Mata pelajaran yang diajarpada peringkat dayah seperti Dayah Teungku Chik ialah bahasa Arab, fikah,
jinayat, fikah munakahat, fikah dauli, sejarah Islam, sejarah negara-negara, ilmu mantik, tauhid/filsafat,
tasawuf,akhlak,ilmu falak,tafsir dan hadis.
3. Institusi pendidikan Acheh
• Madrasah atau meunasah merupakan institusi pendidikan permulaan yang biasanya diwujudkan diperingkat
kampung. Para pelajar diajar membaca al Quran, membaca dan menulis huruf Arab dan belajar perkara-
perkara asas dalam Islam. Selain itu pelajar juga diajar ilmu Fardu Ain dan sejarah.. Pelajar juga dilatih
bernasyid pada setiap malam Jumaat.
• Masjid berfungsi sebagai pusat pendidikan dan juga pusat kegiatan umat Islam.Masjid juga berperanan
sebagai pusat pendidikan menengah pertama.Cth masjid Baitur Rahman telah dinaik taraf menjadi pusat
pendidikan .
• Rangkang merupakan peringkat lanjutan pelajaran agama, disebut juga pesantren, pondok atau madrasah.
Para pelajar mendirikan pondok kecil mengelilingi masjid. Terdapat beberapa tahap rangkang yang
bergantung kepada tahap ilmu yang dimiliki oleh guru yang mengajar. Terdapat pelajar rangkang yang
51

