Page 64 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 64
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
yang mengendalikan perjalanan laut dari Malindi , Pantai Timur Afrika (benua Afrika)
ke Calicut di India. Vasco da Gama telah melantik Ibn Majid sebagai ketua pelayaran
semasa penjelajahannya. Kejayaan Ibn Majid dalam membantu Vasco da Gama dalam misinya
menjadikan beliau lebih terkenal di seluruh benua Islam dan Barat.
4. Menghasilkan ensiklopedia ilmu pelayaran
• Ibn Majid mengemukakan prinsip-prinsip asas pelayaran, rumah agam lunar, perbezaan pelayaran
antara pantai, dan laut lepas, lokasi Bandar-bandar di Afrika Timur hingga Indonesia, kedudukan
bintang, kisah mengenai monsoon dan angina bermusim.
B) Sumbangan dalam bidang geografi
1. Membuat perincian berkaitan lautan tertentu
• Ibn Majid mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang geografi. Beliau telah memberi penjelasan
terperinci berdasarkan teori yang direka ciptanya sendiri tentang Laut Arab, laut Hindi, Selat Melaka,
Laut Jawa dan Laut China Selatan.
2. Membuat catatan terhadap kawasan yang dilawati
• Ibn Majid telah membuat catatan berkaitan tempat-tempat yang beliau telah kunjungi pada sepanjang
pelayarannya khususnya Melaka, Sumatera, Brunei, Champa, Palembang, Sunda, Surabaya,
Andaman, Karimun, Singapura, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Klang, Maluku dan
lain-lain tempat. Catatan beliau adalah berkaitan aspek sosiobudaya, politik, ekonomi, agama dan alam
sekitar.
3. Melakukan kajian geografi fizikal
• Ibn Majid juga melakukan kajian tentang geografi fizikal iaitu satu bidang yang mengkaji “geografi
astronomi‟ tentang planet bumi, alam semesta dan hubungan antara keduanya. Kajian ini juga
menumpukan aspek geomorfologi yang menyentuh aspek dan teori-teori tentang khusus sesuatu
kawasan dan kejadian bentuk-bentuk bumi serta taburannya pada tempat-tempat tertentu. Kajian ini
disebut juga sebagai „geografi kawasan‟. Beliau membuat kajian tentang geografi fizikal dari aspek
ciri-ciri fenomena yang ada hubungan dan pengaruh kosmik seperti pasang surut air dan pengaruh
edaran kosmik terhadap perubahan-perubahan geografi serta ciri-ciri litosfera, hidrosfera dan
biogeografi.
4. Mencipta konsep-konsep tentang atmosfera
• Ibn Majid juga menyumbang terhadap penciptaan konsep-konsep tentang atmosfera dan cuaca. Kajian
atmosfera merujuk tentang kejadian bumi yang dikaitkan dengan graviti, gas, pepejal, wap air. Situasi
ini mempengaruhi cuaca dan iklim di bumi keseluruhannya. Keadaan-keadaan inilah yang membentuk
angin, awan, hujan, salji, kabus, ribut, taufan dan sebagainya.
5. Mencipta teori sebab musabab pasang surut air, asal kejadian lautan dan kemasinan air laut.
• Ibn Majid dan beberapa ilmuan Islam lain turut menumpukan aspek-aspek sebab-musabab pasang
surutnya air, asal kejadian lautan, dan kemasinan air laut. Mereka telah mengemukakan beberapa teori
seperti pasang surut air disebabkan oleh hubungan haba yang terbit daripada sinar matahari dan bulan
serta pergerakan air laut adalah bertalian dengan arah pergerakan angin.
KESIMPULAN
Ibn Majid merupakan tokoh pelayaran Islam yang menjadi perintis ilmu pelayaran moden.
Sumbangan Ibn Majid dalam ilmu pelayaran telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat Barat
untuk menjelajah dan meneroka dunia Timur. Sejarawan Barat menghargai sumbangan Ibn Majid yang
dianggap sangat bernilai kepada dunia pelayaran moden sehingga dianggap sebagai jurupandu yang
membantu Vasco da Gama mencari jalan laut dari Afrika ke India.
65

