Page 63 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 63

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      •     Selain  itu,  Kitab  al-Ausat,  mengandungi  kronologi  peristiwa  sejarah  yang
                                      berlaku sepanjang penerokaan beliau.
               •  Kitab al-Tanbih wa al-Ishraf (Book of the Middle) pula mengandungi kajian sistematik tentang sejarah yang
                  bersandarkan kepada ilmu geografi, sosiologi, antropologi dan ekologi.
               ▪  Karya-karya hebat beliau telah menjadikan Al-Mas’udi sebagai tokoh penerokaan Islam yang penting.

                  KESIMPULAN
                      Sumbangan Al-Mas’udi dalam pelbagai bidang  ilmu  berdasarkan  pengalaman  pengembaraan telah
                  menjadikan  beliau  sebagai  tokoh  penerokaan  Islam  yang  penting.  Beliau  banyak  membuat  penemuan,
                  pemerhatian dan penyelidikan dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau turut menyumbang beberapa pendapat
                  dan pandangan yang bernas tentang beberapa teori dan membetulkan pemahaman serta  kekeliruan tokoh-
                  tokoh yang lain.

                   Soalan 37 : Nilaikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi.

                   PENDAHULUAN
                         Nama sebenar ialah Shihab al-Din Ahmad bin Majid al-Najdi. Dilahirkan di Julphar. Merupakan pelayar
                       Arab terkemuka pada abad ke-15 M. Keturunan Ibn Majid adalah ahli pelayaran kerana datuk dan
                       bapanya sangat mahir dalam bidang pelayaran. Mendapat gelaran “Singa Laut‟ kerana kemahirannya
                       belayar di Lautan Hindi.Antara  sumbangan  dalam bidang  pelayaran dan geografi ialah menghasilkan
                       karya dan meyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi   oleh para pelayar.

                   ISI - ISI PENTING
                   A)  Sumbangan dalam bidang pelayaran
                   1.  Hasil karya
                   •   Pengembaraan Ibn Majid dirakamkan dalam kitab berjudul al-Fawaid fi Usul Ilm al-Bahru wa al-Qawaid
                       (Pedoman  Tentang  Prinsip  dan  Peraturan  Pelayaran)  yang  diterbitkan  pada  1490M.  Kitab  ini
                       menjelaskan  tentang  jarum  magnet,  kompas,  laluan  lautan  Hindi,  pengenalan  sepuluh  buah  pulau
                       termasuk Pulau Jawa, Sumatera dan Ceylon (sri Lanka).
                   •   Kitab Hawiyat al-Ikhtisar fi Usul Ilm al-Bihar .Kitab ini menerangkan panduan tentang tanda hampirnya
                       darat yang perlu diketahui oleh ahli pelayaran. Kitab ini juga memuatkan   ilmu tahun, ilmu bintang, dan
                       laluan laut di pantai Laut Arab, Hijaz , Syam dan Afrika.
                   •   Kitab al -Urjuzah al Mu’arrabah yang menceritakan tentang pelayaran di Teluk Aden , Yaman
                   •   Kitab Urjuzah Bir al- ‘Arab menceritakan  tentang pelayarannya di sepanjang  pantai Laut Arab dan
                       Teluk Parsi.
                   •   Kitab al-Qadimah  Makiyyah pula menghuraikan huraian lengkap mengenai laluan di Laut Merah dari
                       Jeddah ke Tanjung Fartak, Calicut, Daibul, Gujerat dan Hormuz.
                   •   Kitab  Qailah  al-  Islam  fi  Jami’  al-  Dunya  yang  menghuraikan  tentang  arah  kiblat  dari  mana-mana
                       bahagian darat dan laut.
                   •   Kitab  Kanz  al-Mu’alimah  mengenai  khazanah  ahli  pelayaran  dan  sains  laut  ,  bintang,  planet  dan
                       kawasan kutub yang belum diketahui.

                   2.  Mencipta peta dan kompas
                   •   Ibn  Majid  mempunyai  beberapa  penemuan  dalam  bidang  pelayaran  dan  kelautan.  Beliau  terkenal
                       sebagai ahli pembuat peta dan kompas juga. Setiap penjelajahan, beliau dibantu oleh alat canggih
                       seperti kompas yang direkanya sendiri yang mempunyai 32 arah mata angin. Dengan bantuan kompas,
                       beliau berjaya menjelajahi daerah Pantai Benua Afrika mulai dari Laut Merah ke arah selatan lalu ke
                       Barat Morocco dan Laut Tengah.

                   3.  Menyertai pelayaran bersama Vasco Da Gama
                   •   Pada tahun 1498 Masihi, Ibn Majid bersama-sama dengan Vasco da Gama telah melakukan ekspedisi
                       pelayaran. Walaupun ekspedisi itu diketuai oleh Vasco da Gama , namun Ibn Majid merupakan orang
                                                                                                               64
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68