Page 62 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 62
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Catatan dan penjelasan beliau telah telah berjaya membetulkan beberapa
kekeliruan oleh pelaut dan ahli-ahli pelayaran pada ketika itu.
2. Ilmu Geografi
• Al-Mas’udi juga merupakan tokoh penerokaan yang penting kerana sumbangannya dalam ilmu geografi.
Beliau telah menghasilkan sebuah ensiklopedia geografi melalui karya agungnya Muruj al-Dhahab Ma’addin
al-Jawahir. Kitab ini menggabungkan geografi fizikal dan geografi manusia. Beliau cuba menggabungkan
geografi dengan disiplin sejarah agar kajiannya lebih relevan dan subjektif.
• Beliau menyokong teori Determinisme Alam Sekitar iaitu faktor persekitaran iaitu iklim yang dipengaruhi oleh
planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia.
• Bulan dan matahari menentukan nasib atau jalan hidup orang utara menyebabkan mereka berbakat tinggi
dalam peperangan manakala manusia di selatan mempunyai sifat lebih sederhana dan sentiasa bertafakur.
• Al-Mas’udi membahagikan dunia kepada dua bahagian iaitu bahagian Barat dan bahagian Timur.
• Beliau mengaitkan fenomena alam sekitar dengan kehidupan manusia seperti menjelaskan sifat-sifat
ketegasan, kearifan dan kecergasan Arab Badwi berkait dengan kualiti alam sekitarnya yang asli.
• Beliau memberi penerangan secara terperinci dalam karyanya al-Muruj terhadap perkara yang dilihat
mengenai geografi fizikal. Contohnya tentang gempa bumi yang menyebabkan tumbangnya menara
Iskandariah, gambaran Laut Mati, lapisan bumi, kincir angin di Sijistan yang merupakan penemuan baharu
orang Islam.
• Beliau juga membuat kajian tentang tanah fay dan mengkaji flora dan fauna yang wujud di India.
3. Ilmu Sejarah
• Sumbangan Al-Mas’udi dalam ilmu Sejarah juga tidak dapat dinafikan terutamanya melalui catatan beliau
sepanjang penerokaan. Melalui karya Muruj al-Dhahab wa Ma’addin al-Jawahir, al-Mas’udi menceritakan
tentang pemerintahan Khalifah Abdullah Ibn Mohammad di Sepanyol dan kisah pelayar muslim, Khaskhash
Ibn Saeed Ibn Aswad dari Cordova.
• Teknik penulisan sejarah al-Mas’udi menggunakan kaedah tematik (at-tasnif al-maudu’i) berbeza dengan
sejarawan lain yang menggunakan pendekatan al-hauliyyat (penulisan berdasarkan tahun). Tema-tema
penulisannya meliputi bangsa, raja dan dinasti.
• Dalam pemaparan sejarah, beliau menyajikan bahan yang menarik, dikuatkan dengan peristiwa politik,
peperangan dan informasi tentang masyarakat dan adat istiadatnya di samping pembatasan geografi.
• Pendekatan ilmu sejarah beliau telah diikuti oleh sejarawan lain seperti Ibn Khaldun.
4. Bidang Sains
• Al-Mas’udi juga turut membuat beberapa catatan dan pandangan berkaitan ilmu sains sepanjang
penerokaan beliau. Beliau merupakan pengarang pertama yang menceritakan tentang kincir angin yang
dicipta oleh seorang saintis Islam di Sijistan.
• Catatan lain beliau adalah mengenai petroleum yang dinamakan ‘atam’.
• Beliau adalah salah seorang pengarang terawal yang berani mengutarakan beberapa aspek takrif evolusi,
daripada mineral kepada tumbuh-tumbuhan dan daripada tumbuhan kepada haiwan sebelum berakhir
dengan manusia.
5. Penghasilan Karya
• Pengalaman penerokaan Al-Mas’udi ke seluruh pelosok dunia menjadikan beliau sebagai seorang
pengarang hebat dalam penghasilan karya.
• Karya Muruj adh-Dhahab wa Ma’adim al-Jawahir (The Meadows of Gold dan Mines of Gens), mengisahkan
pengalamannya yang menjelajah banyak negara dan mengenali pelbagai bangsa selain mengalami
perubahan iklim.
• Muruj al-Zaman (The History of Time) sebanyak 30 bab pula menceritakan sejarah politik, geografi dan
keadaan masyarakat negara yang dilawatinya.
63

