Page 59 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 59
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
iaitu Ihya‟Ulumuddin dan dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai “Revivalof
religious Sciences‟ yang membawa maksud “Menghidupkan Kembali Ilmu-ilmu
Agama‟.
2. Penyelamat akidah umat islam
• Selain itu, penulisan al-Ghazali meliputi skop ilmu yang sangat luas iaitu merangkumi bidang falsafah ,
keagamaan, kenegaraan dan tanggungjawab sebagai ketua negara.Sumbangan al-Ghazali dalam
bidang falsafah bermula dengan penulisan Kitab Maqasid-Falasifah (tujuan ilmu Falsafah) yang
membincangkan teori falsafah dan kitab Tahafut al-Falasifah yang membincangkan penyelewengan
falsafah Barat tentang fizik dan metafizik daripada sudut pandangan Islam. Al-Ghazali lantang menegur
falsafah Aristotle berkenaan kewujudan dunia ini sejak azali dan tiada permulaan manakala al- Ghazali
menyatakan dunia berasal daripada tidak ada dan diciptakan oleh tuhan. Hujah- hujah yang dikemukan
oleh al-Ghazali sesungguhnya dapat menyelamatkan akidah umat Islam dari terus direntap oleh
fahaman falsafah Yunani yang tidak bertunjangkan ketuhanan yang Esa.
3. Sumbangan dalam politik.
• Al-Ghazali seorang yang sangat berani mengemukan idea baharu, bahkan sanggup mengkritik
pemimpin yang mula meninggalkan ajaran Islam yang sebenar.Hal ini kerana belaiau mempelajari ilmu
sains politik daripada Imam Juwaini. Beliau menghasilkan karya Mustaz-hiri, Al- Munqiz Minad Dhalal
dan Istishad fil I‟tiqad. Karyanya Iqtishad fill’tiqad membincangkan soal kepimpinan bagi sebuah
negara Islam. Beliau juga menyatakan cara untuk membaiki urusan politik dengan memberi pengertian
permasalahan, menasihati pemimpin dan menegur dengan bahasa yang keras dalam karyanya berjudul
al-Tik al- masbuk fi Nasihat al-Muluk. Tindakan beliau telah berjaya memperbaiki keadaan pemimpin
pada masa tersebut.
4. Sumbangan dalam pendidikan
• Di samping itu, al-Ghazali juga menghasilkan Kitab Ayyuhadaal-Walad (Aduhai Anakku) juga penting
kerana mempunyai nasihat beliau kepada anak muridnya tentang ilmu terbaik yang terdiri daripada
lapan perkara dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki. Jelaslah beliau banyak memberi
pandangan dalam bidang pendidikan berdasarkan pengalamanya sebagai seorang murid,guru dan
ketua di Madrasah Nizamiyah.
KESIMPULAN
Kesimpulanya, al-Ghazali merupakan pembela Islam dan pemikir Islam yang meninggalkan
jasa yang dapat dinilai melalui karya-karyanya. Beliau telah menguasai disiplin ilmu yang menunjukkan
bahawa beliau seorang yang sangat komited terhadap ilmu pengetahuan, terutamanya dalam bidang
falsafah, keagamaan dan politik. Lahirnya beliau di tengah-tengah umat Islam berhadapan pemikiran
Barat dengan menangkis dan memberi hujah yang bernas telah melayakkan beliau digelar dengan
Hujjatul Islam.
Soalan 35 : Huraikan sumbangan Ibn Khaldun yang dianggap oleh sarjana barat sebagai tokoh dan
ahli fikir yang tiada bandingannya.
PENDAHULUAN
Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn
al Hasan Ibn Khaldun. Beliau lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di
Kaherah, Mesir. Merupakan tokoh pemikir Islam yang berpengaruh pada abad ke-14M. Kepelbagaian
pemikiran beliau meliputi pelbagai disiplin ilmu pengetahuan seperti kemasyarakatan, agama, ilmu
pengetahuan, falsafah dan politik. Beliau dianggap oleh sarjana Barat sebagai tokoh dan ahli fikir yang tiada
bandingannya kerana sumbangan-sumbangan intelektual beliau.
ISI-ISI PENTING (Sumbangan Ibn Khaldun)
60

