Page 67 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 67

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      •     Ibn Battutah juga diberi penghormatan mengikut rombongan menemui kaisar
                                      Byantine dan di sana beliau telah diberikan layanan yang baik.

                   10. Sumbangan dalam bidang keagaman
                   •   Ibn Battutah banyak mengembara dan merantau untuk memperdalam ilmu agama menjadikan beliau
                       arif dalam bidang perundangan Islam dan mazhab Maliki. Antaraa matlamat pengembaraannya adalah
                       untuk mendalami ilmu agama. Hal ini terbukti apabila beliau tinggal di Mekah. Ibn Battutah banyak
                       menyumbang kepada penyebaran agama Islam sepanjang pengembaraannya.
                   •   Antaranya  beliau  menetap  selama  8  tahun  di  India  dan  dalam  tempoh  masa  tersebut,  beliau
                       memegang jawatan Kadi Besar semasa pemerintahan Muhammad Tughluq.
                   •   Beliau turut dilantik sebagai kadi di Kepulauan Maldives selama 18 bulan dan semasa meninggal dunia,
                       beliau masih menyandang jawatan kadi di Maghribi

                   11. Sumbangan dalam bidang politik
                   •   Ibn  Battutah  memberi  sumbangan  terhadap  perkembangan  politik.dalam  karya  al-Rihlah  .Beliau
                       banyak mencatat tentang sistem pemerintahan dan undang-undang sesebuah negara.
                   •   Fakta yang digunakan adalah berasaskan sumber utama iaitu dengan merujuk kepada pemerintah dan
                       pegawai tertinggi pada masa tersebut. Contohnya beliau banyak mencatat perkembangan politik di
                       India pada zaman kerajaan Tughluq kerana pernah menyandang jawatan kadi di sana selama  7 tahun.
                   •   Catatan temuramah pemerintah, wazir dan pegawai tinggi ini boleh dianggap sebagai dokumen dan
                       sumber primer sejarah politik di India.

                   KESIMPULAN
                       Sumbangan pengembaraan Ibn Battutah sangat penting kerana menjadi asas kepada manusia untuk
                       melangkah  ke  arah  kemajuan  dan  perkembangan  ketamadunan  manusia.  Sumbangan  beliau  juga
                       memperkayakan bidang pensejarahan terutamanya dunia Islam dan sejagat.


                   Soalan 39 : Huraikan ciri-ciri seni bina Andalusia pada abad ke-13M.
                   PENDAHULUAN
                       Seni  bina  bermaksud  sesuatu  yang  bersifat  halus  atau  lembut  dan  mengandungi  unsur-unsur
                       keindahan.Keindahan tersebut dicetuskan daripada kemahiran dalam binaan, reka bentuk binaan dan
                       pertukangan. Andalusia terletak di Semenanjung Iberia (Sepanyol dan Portugal) dan Kerajaan Islam
                       telah memerintah Andalusia selama lebih kurang 800 tahun (93 – 897 Hijrah). Kini Andalusia di kenal
                       sebagai Sepanyol.Semasa pemeritahan kerajaan islam terutamanya pada zaman Dinasti Nasriyyah
                       seni  bina  islam  berkembang  dengan  pesat  seperti  Alhamara  yang  menjadi  The  Artistic  Genius  of
                       Muslim Spain. Ciri-ciri seni bina di Andalusia dapat dilihat dari pelbagai aspek seperti asas binaan,
                       motif, fungsi binaan dan sebagainya.

                   ISI -ISI PENTING
                   1.  Asas seni binaan  yang berkualiti tinggi
                   •   Bahan binaan yang digunakan terdiri daripada batuan yang kukuh dan mampu bertahan  untuk tempoh
                       masa  yang  lama.  Seni  bina  di  Granada  amat  mementingkan  hiasan  dalaman  berbanding  luaran.
                       Buktinya, bangunan universiti, istana, serta masjid (kini gereja) masih bertahan hingga kini. Antara
                       bahan yang digunakan untuk hiasan dalaman ialah jubin, batu bata, plaster, tembikar, besi dan batu
                       marmar.  Bahan-bahan binaan ini  bukan sahaja dapat  mewujudkan keunikan pada bangunan yang
                       dibina,  malah  dapat  melanjutkan  usia  bangunan.  Contohnya,  dinding  istana  al-Hambra  diperbuat
                       daripada batu batan yang terdiri daripada campuran tanah, kapur dan batu kerikil berwarna merah.
                       Tembok istana turut dihiasi dengan gambar-gambar setinggi empat kaki (dari bahagian bawah tembok)
                       manakala  bahagian  atas  tembok  pula  ditutup  dengan  plaster  simen.  Lantai  istana  pula  diperbuat
                       daripada marmar putih bersegi empat.Bangunan ini juga dibina berdasarkan pengiraan geometri dan
                       matematik bagi mengukuhkan lagi binaannya.
                                                                                                               68
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72