Page 61 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 61
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
4. Ekonomi
• Ibn Khaldun juga turut memberi sumbangan dalam bidang ekonomi.
• Beliau tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi
(economic animal). Beliau menganggp manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man / ome Islamicus)
yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas bumi ini.
• Beliau tidak menolak ekonomi pasaran bebas. Mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian
sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dan permintaan.
• Menegaskan bahawa pengeluaran adalah berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat.
Walaupun faktor pengeluaran seperti tanah telah tersedia, beliau masih menganggap buruh merupakan
faktor terpenting dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan matlamat akhir.
5. Budayawan
• Ibn Khaldun juga seorang penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Pengajian kesusasteraannya dengan
Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam syair.Beliau
menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran beliau dalam bidang ini jelas kelihatan dalam
penulisannya, al-Muqaddimah ketika beliau membahaskan tentang syair Arab.
KESIMPULAN
Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab. Beliau
menekankan prinsip sebuah kerajaan yang bertanggung jawab, kecekapan pasaran, penyiasatan sains
empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah. Beliau dianggap oleh sarjana Barat sebagai tokoh
dan ahli fikir yang tiada bandingannya kerana sumbangan-sumbangan intelektual beliau.
Soalan 36 : Al-Mas’udi dianggap sebagai tokoh penerokaan Islam yang penting kerana berjaya
membetulkan kefahaman pelaut dan ahli-ahli pelayaran. Bincangkan.
PENDAHULUAN
Abul Hasan Ali Al-Masu'di merupakan salah seorang pakar sains Islam, ahli sejarah, geografi dan falsafah.
Beliau dilahirkan pada tahun 896 di Baghdad, Iraq dan meninggal pada tahun 956 di Mesir. Al-Mas’udi
menjelajah hampir ke seluruh pelosok dunia. Pernah mengembara ke Sepanyol, Rusia, India, Sri Lanka dan
China serta menghabiskan umurnya di Syiria dan Mesir. Catatan himpunan kisah perjalanan dan
pembelajarannya yang menyentuh aspek sosial dan kesusasteraan, sejarah, perbincangan mengenai agama
serta penerangan geografi menjadikan beliau sebagai tokoh penerokaan Islam yang terkenal. Catatan beliau
dalam ilmu pelayaran telah berjaya membetulkan kefahaman pelaut dan ahli-ahli pelayaran yang keliru akan
beberapa ilmu pelayaran.
ISI-ISI PENTING (Sumbangan al-Mas’udi)
1. Ilmu Pelayaran
• Salah satu sumbangan penting al-Masudi sebagai tokoh penerokaan Islam adalah dalam ilmu pelayaran
yang berjaya membetulkan kefahaman pelaut dan ahli-ahli pelayaran yang keliru.
• Al-Mas’udi menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru
tentang nama-nama lautan yang dilalui semasa melakukan pelayaran.
• Beliau memberi gambaran tentang laluan dari Teluk Parsi ke Laut China.
• Beliau turut menjelaskan tentang laluan pelayaran bagi bangsa Arab melalui pantai Afrika.
• Membetulkan kefahaman pelaut-pelaut yang menyatakan bahawa setiap laut adalah berasingan. Beliau
menyatakan bahawa lautan bersambungan antara satu sama lain.
• Membetulkan kefahaman pelaut berbangsa Arab yang menganggap bahawa Laut Kaspia dan Laut Hitam
bersambung. Hasil soal selidiknya mendapat kedua laut tersebut berasingan.
• Memberi pandangan tentang jarak antara benua Eropah dengan China iaitu setengah lingkungan bumi.
62

