Page 60 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 60

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      1.    Hasil Karya
                                      •     Antara sumbangan Ibn Khaldun sehingga dikagumi oleh sarjana barat sebagai
                   tokoh dan ahli fikir terkenal adalah sumbangan dalam penghasilan karya.
               •   Karya al-Muqaddimah  iaitu pendahuluan kepada bukunya yang kedua, al-’Ibar wa Diwan al-Mubtada’wa
                   al-Khabar  fi  Ayyam  al-’Arab  wa  al-’Ajam  wa  al-Barbar,  merupakan  karya  agung  beliau  dalam  bidang
                   persejarahan. Kitab tersebut merupakan ensiklopedia sintesis tentang metodologi sains kebudayaan yang
                   penting  dan  dapat  membantu  ahli  sejarah  menghasil  kajian  yang  benar  dan  ilmiah.  Kitab  tersebut
                   mambahaskan secara terperinci tentang sejarah dan persejarahan.
               •   Isi  kandungan  kitab  tersebut  dibahagi  kepada  enam  bab  (manusia,  masyarakat  badwi  dan  primitif,
                   pemerintahan khalifah-khalifah dan raja-raja, pendidikan dan ekonomi) dan mengandungi bahagian asasi
                   (disiplin  falsafah,falsafah  sej  &  falsafah    sains    sosial)  dan  tidak  asasi  (geografi,  kebudayaan,  ilmu
                   pengetahuan, perusahaan,  peradaban, politik, agama dan falsafah).
               •   Kitab  tersebut  menjadi  bahan kajian yang menarik kerana pendekatannya yang rasional, kaedah serta
                   perbahasan  yang  analitikal  dan  terperinci.  Al-Muqaddimah  menjadi  kitab  rujukan  paling  utama  pada
                   zamannya hingga kini kerana ia merupakan kitab pertama yang dihasilkan mengenai falsafah sejarah.
               •   Karya lain – At-Ta’riif bi Ibn Khaldun (kitab autobiografi, catatan daripada kitab sejarahnya) dan Lubab al-
                   Muhassal fi Ushul ad-Din (kitab tentang permasalahan dan pendapat-pendapat teologi).

               2.  Kaedah Penyelidikan
               •   Selain daripada itu, tokoh juga memberi sumbangan penting dalam kaedah melaksanakan penyelidikan.
                   Beliau  menggunakan  kaedah  penyelidikan  yang  mirip  kepada  sosiologi.  Beliau  menekankan  sifat-sifat
                   semula  jadi  dan  sebab-sebab  peristiwa  sejarah  yang  berlaku.  Menurut  beliau,  pengkaji  pristiwa  tanpa
                   memahami sifat-sifat semula jadi atau latar belakang sesuatu peristiwa ialah sejarah am manakala pengkaji
                   peristiwa yang memahami  sifat-sifat semula jadi atau latar belakang merupakan sejarah khas (terbahagi
                   kepada dua : zahir dan batin). Ahli sejarah sebelum beliau kurang mengetahui tentang sosiologi masyarakat
                   dan mereka hanya menulis berdasarkan maklumat-maklumat yang disalurkan.
               •   Sumbangan ini membuatkan beliau dikagumi oleh ahli-ahli intelektual lain.

               3.  Ilmu Pensejarahan
               •   Ibn Khaldun turut memberikan sumbangan besar dalam ilmu pensejarahan.
               •   Sumbangan dalam bidang teori dan pendekatan sejarah agak jelas apabila ia memperkenalkan konsep
                   pendekatan multi-disciplinary. Melalui pendekatan ini  kajian sejarah turut dibantu oleh aspek inteltual lain
                   seperti sosiologi dan geografi. Pendekatan beliau menyebabkan Ibn Khaldun dianggap sebagai pengasas
                   pensejarahan dan sosiologi moden.
               •   Beliau juga merupakan ahli sejarah pertama yang mengkaji segala aspek kehidupan sosial orang Islam dan
                   melihat  sejarahnya  daripada  perspektif  sosiologi  masyarakat  yang  dapat  memberikan  keterangan-
                   keterangan yang releven kepada semua tindakan sosial manusia.
               •   Ibn Khaldun memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosial, alam sekitar dan geografi.
               •   Ibn  Khaldun  menganalisis  sesuatu  tamadun  dari  segi  permulaan,  faktor  kegemilangan  dan  kejatuhan.
                   Sesebuah  tamadun  tertegak  atas  hasil  gabungan  antara  rohani  dan  jasmani.  Ibn  Khaldun  berjaya
                   memurnikan  ilmu  sejarah  dengan  menjadikan  rasional  sebagai  kayu  ukur  fakta  sejarah  tanpa  fanatik
                   kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya.
               •   Ibn  Khaldun  menggariskan  empat  perkara  yang  perlu  dilakukan  oleh  sejarawan  dalam  penelitian  dan
                   analisis  laporan  sejarah.  Pertamanya  beliau  membandingkan  antara  peristiwa-peristiwa  dengan
                   berdasarkan  kaedah  sebab  dan  musabab.  Keduanya  dengan  mengkaji  peristiwa-peristiwa  lalu  untuk
                   dijadikan ikhtibar kepada peristiwa yang sedang berlaku. Ketiga, mengambil kira pengaruh iklim dan alam
                   sekitar  terhadap  perkara  yang  berlaku.  Seterusnya  mengambil  kira  kedudukan  ekonomi  dan  budaya
                   terhadap peristiwa yang berlaku.
               •   Teori  persejarahan  beliau  dikembangkan  oleh  ahli  sejarah  Barat  melalui  penterjemahan  kitab  al-
                   Muqaddimah.


                                                                                                               61
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65