Page 72 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 72
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
Soalan 41 : Perluasan kuasa barat pada zaman KhalifahTurki Uthmaniyah berlaku kerana faktor politik dan
ekonomi. Jelaskan.
PENDAHULUAN
Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertuhgul pada tahun 1289 merupakan empayar islam
Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Akhir pada ke-17M, kerajaan Uthmaniyah
berhadapan dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran termasuk kelemahan pemerintah, masalah
birokrasi, ketenteraan, kemerosotan ekonomi dan pemberontakan. Pada abad ke-19M, empayar
Uthmaniyah mula memasuki fasa kemerosotan apabila terpaksa menghadapi percaturan politik kuasa-
kuasa Barat. Awal abad ke-20M, seluruh dunia Islam berada dalam kekuasaan Barat termasuk wilayah
empayar Uhmaniyah. Gerakan perluasan kuasa Barat ini didorong oleh faktor politik dan ekonomi.
ISI-ISI PENTING
A. Faktor Politik
1. Persaingan kuasa-kuasa Barat
Dasar imperialisme mencetuskan persaingan kuasa-kuasa Barat seperti British, Perancis, Rusia dan
sebagainya untuk meluaskan tanah jajahan Kerajaan Uthmaniyah khasnya di wilayah-wilayah Islam.
Mereka sanggup mengadakan pakatan bagi merealisasikan misi menguasai dunia Islam. Persaingan
ini mempercepatkan kemaraan kuasa-kuasa Barat ke wilayah-wilayah empayar Uthmaniyah disamping
meningkatkan imej sebagai kuasa utama dunia. Kejayaan menguasai kerajaan Uthmaniyah yang
dianggap kuasa Islam terkuat ketika itu akan menyerlahkan imej dan kehebatan kuasa Barat
berkenaan. Kuasa Barat yang mempunyai tanah jajahan luas akan disegani dan dihormati.
2. Perubahan Dasar hubungan antarabangsa
Berlaku perubahan dalam hubungan antarabangsa Barat iaitu dari segi persahabatan dan dasar
perlindungan kepada dasar campur tangan pergolakan politik dalam wilayah Uthmaniyah. Sebelum ini
pihak Barat mengamalkan dasar berkecuali dan dasar perlindungan bagi menjaga kepentingan
perdagangan mereka. Situasi politik yang tidak stabil akibat pemberontakan dan perebutan kuasa
dalaman memberi alasan kepada kuasa Barat mencampuri urusan pentadbiran dan pemerintahan
kerajaan Uthmaniyah.
3. Dasar pecah dan perintah
Polisi luar terpenting diamalkan kuasa-kuasa Barat untuk menguasai wilayah Uthmaniyah ialah dasar
pecah dan perintah. Impaknya, bangsa-bangsa Islam yang berada dalam empayar Uthmaniyah seperti
Turki, Arab, Mesir, Armenia, Kurdis dan lain-lain mula membina jenama kebangsaan mereka sendiri.
73

