Page 71 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 71

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      5.    Kubah berbentuk baharu - kubah, menara, pintu gerbang
                                      •     Kebanyakan  binaan  masjid  atau  istana  di  India  memakai  kubah  berbentuk
                       bawang.  Binaan  ini  menggambarkan  gabungan  bentuk  kubah  gaya  Parsi  dengan  gaya  tempatan.
                       Binaan makam diraja dan kubu Kota Merah juga turut mempunyai kubah. Kubah adalah suatu ciri
                       binaan di India. Kubah dan mihrab pada makam diraja dibina menghadap kiblat serta dihiasi dengan
                       ukiran ayat al-Quran.
                   •   Masjid dan makam di India mempunyai menara. Menara-menara ini dihiasi indah terutama dengan
                       seni khat Arab seperti Masjid Lapan Mutiara di Agra. Kebiasaannya menara dibina secara bersendirian
                       iaitu terpisah daripada bangunan induk
                   •   Kebiasaannya  di  pintu  masuk  istana  dibina  pintu  gerbang  atau  gapura.  Pintu  gerbang  akan
                       menyerlahkan  lagi  kehebatan  bangunan  berkenaan.  Binaan  istana  pada  zaman  pemerintahan
                       kerajaan Mughal mempunyai sedikit kelainan kerana gapura jalan masuk ke istana dihiasi dengan
                       patung gajah. Pintu gerbang juga dibina terpisah daripada bangunan istana yang diselangi dengan
                       kawasan lapang. Binaannya daripada marmar dan batu bata merah yang kukuh serta mempunyai ciri
                       keselamatan yang baik.

                   6.  Ciri keselamatan
                   •   Istana di Fathpur Sikri yang di bina oleh Maharaja Akhbar mempunyai ciri -ciri keselamatan yang baik.
                       Terdapat pintu gerbang yang dibina sebagai pintu masuk menyerlahkan kehebatan binaan ini. Pintu
                       gerbang yang terpisah oleh sebuah lorong dan terdapat juga satu kawasan lapang yang memisahkan
                       pintu gerbang kedua dengan bangunan istana tersebut. Di sekeliling istana terdapat tembok batu yang
                       mempunyai ruang rasmi tempat bersemanyam pemerintah.
                   •   Terdapat menara tinjau yang dibina secara berasingan dari bangunan induk.Ciri ini berbeza dengan
                       seni bina arab.
                   •   Kota Merah yang merupakan binaan sepanjang 2 km  yang lengkap dengan ruang khas seperti ruang
                       mengadap  dan  ruangan  khusus  untuk  maharaja  merupakan  bagunan  yang  lengkap  dengan  ciri
                       keselamatan yang berfungsi sebagai benteng pertahanan.

                   7.  Pancutan air
                   •   Bagunan  seperti  masjid,  istana  dan  makam  akan  dihiasi    dengan  taman  bunga  yang  berwarna
                       warni.Taman-taman bunga ini diberi nama-nama khusus seperti Taman Bunga Shalamah di Lahore,
                       Taman Bunga Dara Shikoh di kashmir dan Taman Bunga Shalamar Bagh di Delhi.
                   •   Unsur pancutan air dalam seni bina taman bunga di India membuktikan ia dipengaruhi tamadun islam
                       khasnya Arab. Pancutan air ini menambahkan lagi kecantikan dan keindahan monumen yang dibina
                       seperti istana dan makam diraja.

                   KESIMPULAN
                         Kepelbagaian binaan di India serta ciri-cirinya yang unik menggambarkan penerusan legasi Islam oleh
                       kerajaan Mughul di India. Kewujudan seni bina tersebut menggambarkan agama Islam tidak menolak
                       kesenian. Malah menjadi simbol kegemilangan ketamadunan Islam yang telah bertahan beratus-ratus
                       tahun lamanya.











                                                                                                               72
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76