Page 70 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 70
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Seni bina di India banyak menggunakan batu dan kayu sebagai sumber asas
kerana mudah diperoleh. Gabungan kedua-dua material ini memperkukuhkan dan
mencantikkan lagi struktur binaannya. Batu bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunannya yang
terdiri daripada pelbagai saiz. Bahan binaan yang digunakan sangat berkualiti. Kebanyakannya
menggunakan marmar dan batu bata merah. Permukaan dinding bangunan pula dihiasi dengan lukisan
mozek yang indah, seramik serta lukisan-lukisan dari teknik stucco. Contohnya, struktur Makam
Humayun dibina daripada batuan merah, bata putih, marmar hitam dan putih. Penggunaan bahan ini
bertujuan untuk mengurangkan bahang. Taj Mahal juga dibina daripada marmar biru dan putih
manakala kubu yang terkenal dengan nama Kota Merah pula dibina menggunakan batu bata merah
pada struktur binaan khususnya pada bahagian dinding.Ketahanan bahan binaan terbukti dengan
bagunan tersebut masih kekal hingga kini.
4. Kompleks pelbagai guna
• Seni bina bangunan biasanya merangkumi istana, makam diraja, dewan, taman rekreasi, masjid ,
menara tinjau dan lain-lain contohnya seni bina Taj Mahal, seni bina Kota Merah/ Kubu Merah dan
Makam Humayun.
• Pembinaan Taj Mahal merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau
dan lain-lain. Bumbung, kubah, dan menara Taj Mahal diperbuat daripada marmar putih serta seni
mozek yang indah. Kubah berbentuk oktagon dikelilingi empat menara meruncing. Digunakan juga 43
jenis batu permata termasuk berlian, jed, Kristal, topaz, dan nilam dalam pembinaannya. Dindingnya
dihiasi ayat-ayat al-Quran yang diukir dengan huruf khat thuluth oleh Amanat Khan yang dibawa dari
Parsi.
• Kota Merah atau Lal Qil’ah adalah istana bagi Maharaja Moghul serta menjadi pusat pentadbiran Delhi.
Pembinaannya menggunakan batu bata berwarna merah yang menampilkan warna “monokrom‟.
Terdapat juga kubu sepanjang dua kilometer yang berfungsi sebagai tembok pertahanan. Kota ini
berbentuk octagon, mempunyai dua pintu gerbang (Lahore Gate dan Delhi Gate). Pembinaannya
merangkumi Dewan Umum, Dewan Khusus, Ruang peribadi maharaja, Ruangan Maharani, Masjid
Moti, Hayat Bakhsh Bag, tempat bersiram raja, Menara Melati, tempat tinggal gundik-gundik dan isteri-
isteri maharaja, tempat tinggal peribadi maharaja, Naqqar Khana dan ruang kerja maharaja. Dibina
menggunakan batu marmar dihiasi corak-corak flora dan ada dua kubah di dalamnya serta terdapat
banyak aliran air terjun.
• Seterusnya pembinaan Makam Humayun mengandungi kubah, mihrab, ukiran ayat-ayat al- Quran dan
kedudukan makam mengarah ke kiblat. Monumen ini dibuat daripada batu bata berwarna merah dan
putih dan marmar berwarna putih dan hitam dengan dihiasi taman-taman dan air pancut yang sangat
indah serta dikelilingi tembok-tembok yang kukuh.
• Seni bina binaan masjid yang didirikan di India pada zaman Moghul dilengkapi dengan menara-
menara yang dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab. Unsur-unsur lain ialah terdapatnya kubah-
kubah yang berbentuk baharu seperti bunga teratai yang mempunyai puncak yang meruncing. Binaan
kubah yang yang dipenuhi dengan mozek pelbagai warna menggambarkan gabungan gaya Parsi
dengan gaya tempatan. Pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul telah terbina masjid yang besar dan
istana yang didirikan dalam sebuah kompleks. Contohnya, Masjid Lapan Mutiara di Agra. Selain itu,
masjid pada zaman ini juga mampu memuatkan Jemaah yang ramai. Misalnya Masjid Jama‟ di Delhi
mempunyai ruang solat yang luas (muat 25 000 orang dalam satu masa). Malah struktur binaan masjid
ini amat menarik dengan lantai yang diperbuat daripada batu marmar serta dinding dan mihrabnya
yang dihiasi dengan ayat-ayat suci al-Quran. Masjid ini juga mempunyai dua menara, tiga pintu
gerbang, tiga kubah, ruang solat terbuka, lantai marmar dan batu merah, kolam takungan air dan dihiasi
kaligrafi al-Quran khasnya pada mimbar dan mihrab.
# bahagian ini di hurai dengan lengkap supaya jika soalan tanya tentang monumen ini sahaja
pelajar boleh jawab dengan baik
71

