Page 12 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 12
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
• Terbukti bahawa kewujudan bangsa Arab di tengah-tengah pusat
perdagangan, timur ,
barat, utara dan selatan membolehkan mereka mencipta ketamadunan tersendiri kesan
interaksi dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh bangsa-bangsa lain melalui aktiviti
perdagangan.
4. Kemajuan ilmu pengetahuan
• Al-Quran pernah membicarakan tentang sejumlah ilmu pengetahuan yang wujud pada
zaman jahiliah. Antaranya ialah pengetahuan sejarah yang tergambar dalam bentuk kisah-
kisah bangsa-bangsa terdahulu yang menetap di Semenanjung Tanah Arab dan di luarnya.
• Selain itu, wujud pengetahuan ilmu geografi oleh bangsa Arab jahiliah seperti dirakam oleh
al-Quran, contohnya ilmu lautan, perjalanan di lautan, angin yang baik, angin badai dan
bintang-bintang yang dijadikan petunjuk ketika menempuh kegelapan daratan dan lautan.
• Masyarakat Arab jahiliah juga berpengetahuan dalam bidang perubatan. Sebahagia
mereka mahir dalam mengenalpasti penyakit dan cara pengubatannya. Mereka juga mahir
dalam mengenalpasti ubat-ubatan dan cara penggunaannya melalui pengalaman,
pemerhatian dan peniruan dari negara-negara jiran yang sering mereka ulang-alik. Antara
tokoh perubatan yang terkenal ialah al-Harith bin Kaldah al Thaqafi, al Nadar bin al-Harith
dan Zuhair bin Khabbab dan sebagainya.
• Jelaslah masyarakat Arab jahiliah telah mempunyai kemajuan dalam ilmu sejarah,
geografi, perubatan dan lain-lain.
5. Kemajuan Kemajuan dalam bidang seni bina
• Masyarakat Arab jahiliah mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang seni bina. Orang-
orang Arab Saba’ di Yaman misalnya, telah berjaya membina empangan Maarib dan sebuah tempat
menyimpan air berdekatan dengannya. Empangan ini bukan sahaja
berkemampuan mencegah banjir, malah dapat mengairi kawasan ladang sehingga ia
menjadi sebuah kawasan pertanian yang subur dan seterusnya menyumbang kepada
kemewahan dan kesenangan penduduk Saba’.
• Mereka turut berjaya membina rumah penyembahan, kubu-kubu peperangan dan istana-
istana, terutamanya peninggalan oleh pemerintah kerajaan Saba’dan Himyar. Ini membuktikan bangsa
Arab jahiliah pernah mencapai ketamadunan yang tinggi sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.
KESIMPULAN
Masyarakat Arab jahiliah pernah mencapai ketamadunan dalam pelbagai bidang kehidupan, antaranya
pentadbiran, pertanian, perdagangan dan seni bina. Sebahagian tinggalan tamadun mereka masih
mengagumkan kita hingga ke hari ini. Pencapian ketamadunan berkenaan menafikan pelbagai tuduhan
negetif sejarawan Barat terhadap bangsa Arab jahiliah.
13

