Page 74 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 74
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
British berminat menguasai terusan ini kerana kapalnya kerap melalui terusan ini,
untuk menuju ke India (tanah jajahan British). Justeru, British telah membeli saham
kompeni Terusan Suez.
4. Mengembangkan sistem ekonomi kapitalis
Gerakan imperialisme Barat ke atas wilayah Uthmaniyah merupakan percubaan bangsa Eropah
menerapkan sistem ekonomi kapitalis yang akhirnya menjadi kebergantungan ekonomi umat Islam
kekal berada dalam cengkaman mereka. Buktinya, krisis kewangan dan ekonomi Mesir berpunca
daripada usaha pembengunan Terusan Suez, Empangan Aswan dan industri gula menyebabkan
kerajaan Uthmaniyah mengalami konflik hutang meruncing. British mengambil kesempatan
menawarkan pinjaman yang akhirnya berjaya menguasai ekonomi Mesir.
KESIMPULAN
Kerajaan Uthmaniyah runtuh selepas penglibatannya dalam PD1 dan kekalahannya menyebabkan
kuasa Barat membahagikan wilayah Uthmaniyah sesama mereka. Kelemahan kerajaan Uthmaniyah
membawa kepada penubuhan negara bangsa Turki dan berakhirnya sistem pemerintahan khalifah .
Soalan 42 : Analisiskan faktor agama dan perkembangan teknologi yang mendorong kepada
perluasan kuasa barat terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke- 18m hingga ke-20M.
PENDAHULUAN
Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertuhgul pada tahun 1289 merupakan empayar Islam
terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Akhir pada ke-17M, kerajaan Uthmaniyah berhadapan
dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran termasuk kelemahan pemerintah, masalah birokrasi,
ketenteraan, kemerosotan ekonomi dan pemberontakan. Pada abad ke-19M, empayar Uthmaniyah
mula memasuki fasa kemerosotan apabila terpaksa menghadapi percaturan politik kuasa-kuasa
imperialis Barat. Gerakan perluasan kuasa Barat ini didorong oleh pelbagai faktor, termasuklah faktor
agama dan perkembangan teknologi.
ISI-ISI PENTING
A. Faktor agama
1. Gerakan kristianisasi (memperjuangkan agama kristian )
• Barat memperjuangkan agama Kristian kerana empayar Turki Uthmaniyah dipimpin oleh orang Islam.
Pihak gereja dan tokoh- tokoh Agama Kristian merestui misi penjelajahan dan penjajahan kuasa Barat
ke atas wilayah Uthmaniyah. Malahan, Barat juga memperjuangkan modenisme dalam kalangan
masyarakat yang berada di bawah empayar Uthmaniyah dengan memburuk-burukkan Islam sebagai
agama yang mundur, anti-kemajuan, dan tidak berperikemanusiaan. Mereka menganggap misi
perluasan kuasa ke atas tanah jajahan merupakan tugas suci dan agung dalam usaha menjayakan
gerakan kristianisasi.
2. Lanjutan Perang Salib
• Matlamat agama menyebabkan golongan gereja sanggup melakukan kekejaman, penindasan dan
kezaliman dalam misi penjajahan ke atas dunia Islam. Barat beranggapan perluasan kuasa ini
merupakan lanjutan daripada siri-siri Perang Salib yang bermula pada tahun 1906. Tambahan pula,
Sultan Abdul Hamid II, pemerintah Uthmaniyah terakhir mendakwa kempen Perang Salib yang
dilancarkan terhadap kerajaan Uthmaniyah masih berterusan. Ini mendorong mereka mengkristiankan
penduduk tempatan bagi menyaingi dan menyekat pengaruh agama Islam yang semakin berkembang.
3. Menyebarkan falsafah dan nilai-nilai Barat
• Kerajaan khalifah Uthmaniyah dianggap ancaman utama kepada penganut dan wilayah Kristian seperti
yang berlaku ke atas kota Konstantinople, pusat agama Kristian Timur. Perebutan pengaruh antara
Britain dan Rusia menjadi wakil penduduk Kristian di wilayah Uthmaniyah juga merancakkan sentimen
agama dalam gerakan peluasan kuasa Barat. Barat juga telah menyebarkan falsafah dengan
75

