Page 75 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 75

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      memperkenalkan  nilai-nilai  Barat  ke  dalam  masyarakat  peribumi  yang  dijajah.
                                      Buktinya,  penerimaan  konsep  kehidupan  yang  moden  dengan  pemikiran  dan
                       pengetahuan  yang  progresif  sebagai  bangsa  yang  maju  dan  mereka  yang  menolak  pemodenan
                       dianggap sebagai masyarakat yang mundur, kolot atau ketinggalan zaman.

                   B.  Faktor Perkembangan Teknologi
                   1.  Kemajuan bidang pengangkutan
                   •   Negara-negara Barat seperti Britain telah mempertingkatkan sistem pengangkutan laut pada abad ke-
                       18. Mereka telah menggunakan kapal yang mempunyai enjin berkuasa wap bagi menggantikan kapal
                       layar  untuk  meluaskan  kuasa.  Rekaan  kapal  laut  menggunakan  enjin  berkuasa  wap  telah  dapat
                       membantu kuasa-kuasa Barat mengharungi lautan untuk meluaskan kuasa dan mewujudkan pusat
                       perdagangan di seberang laut. Dengan itu perdagangan dalam negeri dapat diperluas ke serata dunia.
                   •   Penggunaan  kapal  berkuasa  wap  bukan  sahaja  membolehkan  muatan  yang  banyak  tetapi  juga
                       mempercepat tempoh perjalanan ke sesuatu destinasi dan dapat memberi arahan kepada pegawai-
                       pegawai mereka dengan  lebih cepat dan berkesan di mana-mana wilayah Uthmaniyah.
                   •   Di samping itu, penggunaan enjin berkuasa wap, pembinaan jalan raya dan jalan keretapi di wilayah-
                       wilayah Uthmaniyah yang dikuasai oleh kuasa Barat melancarkan proses pengedaran bahan mentah
                       dan  perdagangan  import  eksport.  Para  pemodal  Eropah  telah  menanam  modal  di  wilayah-wilayah
                       Uthmaniyah termasuk di Afrika Utara dengan membuka ladang, mengendalikan lombong, mengimport
                       buruh dan sebagainya.

                   2.  Kemajuan dalam sistem perhubungan
                   •   Pada  abad  ke-18,  negera-negara  Eropah  telah  mempunyai  sistem  perhubungan  yang  semakin
                       canggih. Penciptaan telefon dan telegraf membolehkan mereka berhubung dengan mudah di antara
                       satu  sama  lain  dengan  lebih  cepat.  Kecanggihan  alat-alat  perhubungan  ini  memudahkan  mereka
                       mengatur strategik untuk menawan beberapa kawasan empayar Uthmaniyah yang kaya dengan bahan
                       mentah. Kerajaan Uthmaniyah kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum. Pada awal abad
                       ke-20, petroleum ditemui di Iran, Iraq, Arab Saudi, Kuwait da Bahrain. Penemuan ini menimbulkan
                       persaingan  dan  konflik  antara  kuasa-  kuasa  Barat.  Jerman  dan  Amerika  Syarikat  menggunakan
                       kecanggihan  mereka  dan  mula  melibatkan  diri  dalam  perluasan  kuasa  menguasai  wilayah-wilayah
                       Uthmaniyah.

                   3.  Penggunaan Senjata Moden
                   •   Kecanggihan senjata moden yang digunakan oleh negara-negara Barat seperti Rusia, British, Perancis
                       dan Amerika Syarikat tidak mampu ditandingi oleh kerajaan Uthmaniyah. Penggunaan kapal perang,
                       kereta kebal, meriam dan bom memudahkan kuasa Barat (pihak Bersekutu) menguasai dan menawan
                       empayar Uthmaniyah.
                   •   Penggunaan senjata moden dalam peperangan yang berlaku antara kerajaan Uthmaniyah dan kuasa
                       Barat menyebabkan satu demi satu kawasan Uthmaniyah jatuh ke tangan penjajah. Pada tahun 1798,
                       Mesir jatuh ke tangan Perancis. Pada tahun 1876, Cyprus jatuh ke tangan British. Meskipun kerajaan
                       Uthmaniyah bergabung dalam Kuasa Tengah dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), namun pihak
                       mereka  telah  kalah.  Kekalahan  itu  menjadi  punca  perluasan  kuasa  ke  atas  wilayah  kerajaan
                       Uthmaniyah. Satu persatu wilayahnya jatuh ke tangan kuasa Barat ekoran peperangan dan perjanjian
                       yang dibuat. Tegasnya, penggunaan senjata moden memudahkan usaha penaklukan kuasa Barat ke
                       atas wilayah-wilayah Uthmaniyah.

                   KESIMPULAN
                         Kerajaan  Uthmaniyah  runtuh  selepas  penglibatan  mereka  dalam  Perang  Dunia  Pertama.  Impak
                       kekalahan  menyebabkan  kuasa-kuasa  Barat  membahagikan  wilayah  Uthmaniyah  sesama  mereka.
                       Kelemahan  dan  kemerosotan  kerajaan  Uthmaniyah  membawa  kepada  penubuhan  negara  bangsa
                       Turki dan berakhirnya sistem pemerintahan Khalifah Islamiah.

                                                                                                               76
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80