Page 114 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 114
MODEL PENGAJARAN INKUIRI
Kaedah pembelajaran yang melibatkan pertanyaan, pencarian jawapan melalui pemerhatian,
pengukuran, hipotesis, mengumpul data, menterjemah dan membina rumusan atau refleksi.
1 Inkuiri merupakan proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen,
mengumpul data dan membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah (Shulman, 1968)
2 Menurut Carin & Sund (1971), pembelajaran secara tidak langsung melibatkan aktiviti penerokaan dan penemuan
yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat melalui penyoalan dan penyelesaian masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran.
3 Satu pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid dan melibatkan aktiviti hands-on (Colburn, 2000).
4 Inkuiri merupakan satu proses P&P yang berpusatkan murid dan melibatkan penyiasatan masalah, penerokaan
dan penemuaan yang berkaitan untuk mencapatkan maklumat melalui pertanyaan dan perasaan ingin tahu
berpusatkan murid.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

