Page 159 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 159
PEMBELAJARAN BERASASKAN KES
Satu kaedah pengajaran yang memberi maklumat kepada murid mengenai satu situasi yang
memerlukan mereka membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berkaitan dengan situasi
tersebut.
Suatu kaedah kajian kes akhirnya akan menghasilkan satu keputusan, cadangan ataupun pelan
tindakan.
Kaedah pengajaran ini menyediakan pengalaman dan pengetahuan yang bermakna untuk
mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan dalam
kalangan murid.
Pembelajaran berasaskan kes dapat melatih murid memperoleh keupayaan mensistesis, menilai dan
menggunakan maklumat dan konsep yang telah dipelajari.
Pembelajaran berasaskan kes membantu murid menguasai konsep sukar tentang suatu perkara atau
penyelesaian masalah yang timbul berdasarkan pemahaman yang mendalam tentang punca sesuatu kes
itu berlaku.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

