Page 160 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 160
PEMBELAJARAN BERASASKAN KES
Pembelajaran berasaskan kes banyak mengamalkan teori pembelajaran kognitif yang merupakan satu
teori penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid.
Pembelajaran berasaskan kes juga menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara
penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.
Teori pembelajaran kognitif ini sangat menitikberatkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid
untuk mempelajari sesuatu yang baru.
Implikasi strategi kajian kes menurut Teori Pembelajaran Kognitif adalah kajian kes merangsang ingatan
kerana menggunakan suatu kes dalam pembelajaran membawa murid menggunakan pengetahuan sedia
ada untuk diimbas kembali.
Pembelajaran berasaskan kes merupakan satu proses pemikiran dan pembelajaran aktif, menggalakkan
dan melatih minda mengenali dan memberi fokus kepada maklumat penting, menapis maklumat tidak
penting dan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat pemilihan (Slavin, 1997).
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

