Page 161 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 161
PEMBELAJARAN BERASASKAN KES
APA ITU PEMBELAJARAN BERASASKAN KES?
• Kes adalah peristiwa atau rentetan peristiwa yang dramatik, “candid” dan menarik tentang sesuatu topik yang digunakan untuk tujuan
pembelajaran.
• Ia boleh ditulis untuk menggambarkan sesuatu masalah atau dilema yang sengaja diolah untuk mencetuskan perbincangan.
• Kes bukan sahaja merupakan cerita biasa malah fungsinya lebih luas daripada itu.
• Kes boleh menjadi wacana untuk meluaskan pengetahuan seperti apa yang dikatakan oleh Christensen (1981) :
“ A good case is the vehicle by which a chunk of reality is brought into the classroom to be worked over by the class and
the instructor. A good case keeps the class discussion grounded upon some of the stubborn facts that must be faced in
real life situations”.
• Kes boleh digunakan sebagai satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan satu kaedah pengajaran yang
dapat meningkatkan pelbagai kemahiran murid.
• Naumes dan Naumes (1999) menyatakan pengajaran berasaskan kes ialah satu teknik pengajaran yang menggunakan masalah yang
sebenar atau senario yang direka untuk meningkatkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah, membuat analisis, menggalakkan
pembelajaran kendiri dan membantu murid belajar secara kolaboratif.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

