Page 165 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 165

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH






                     Sesuatu pengajaran yang dimulai dengan sesuatu masalah dikenali sebagai pembelajaran berasaskan

                     masalah (problem based learning).



                     Secara khususnya, pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu pendekatan yang menggunakan

                     sesuatu masalah sebagai asas untuk memulakan pembelajaran di bilik darjah.



                     Pembelajaran berasaskan masalah (PBM) mempunyai salah satu ciri utama pembelajaran inkuiri –


                     mencari jawapan kepada penyelesaian masalah.




                     Dalam pendekatan PBM, murid ialah individu yang membina pengetahuan melalui penyelesaian masalah


                     yang diberikan dalam bentuk senario masalah.



                     Fokus utama PBM ialah senario masalah berasaskan kejadian sebenar dalam kehidupan yang boleh


                     mendorong murid mencari penyelesaiannya melalui penerokaan, pencarian maklumat dan kolaborasi

                     sesama rakan.






   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170