Page 253 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 253
DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN
2 DOMAIN AFEKTIF
ORGANISASI Seseorang yang berada pada aras afektif ini boleh menyusun semua nilai yang diterimanya kepada
satu sistem yang lebih praktikal. Penyusunan nilai-nilai ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu
pertama, mengkonsepsualisasi nilai-nilai dan membentuk pertalian antaranya, dan keduanya
menyusun nilai-nilai ini hingga menjadi satu sistem nilai kepercayaan. Contohnya, murid mengajak
rakan-rakannya mengumpul bahan kitar semula untuk mengambil bahagian dalam kempen kitar
semula di sekolah.
PERWATAKAN Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.
Pada kebiasaannya, individu berkenaan akan kekal memegang sistem nilai berkenaan. Pada peringkat
ini, seseorang itu akan memperlihatkan :
a) Perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu
Dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan
a) Sistem nilai tersendiri iaitu mempunyai falsafah atau prinsip hidup tersendiri
Murid tidak lagi menggunakan beg plastik dan hanya membeli / menggunakan bahan-bahan mesra
alam
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

