Page 252 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 252

DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN





            2                                                                        DOMAIN AFEKTIF




            GERAK BALAS                  Mewakili tindak balas terhadap rangsangan yang diterima disebabkan seseorang mempunyai motif
                                         tersendiri untuk berbuat demikian. Perasaan ingin tahu tentang sesuatu boleh menyebabkan seseorang
                                         itu bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima. Pada peringkat awalnya, gerak balas ini

                                         mungkin juga berlaku disebabkan arahan orang lain. Bagaimanapun, selepas individu berkenaan

                                         mempunyai motif tersendiri, dia akan bertindak balas sendiri, misalnya menunjuk minat terhadap
                                         aktiviti mencari serangga di taman sains sekolah.


               PENILAIAN                 Seseorang yang berada para aras afektif ini memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan. Nilai /
                                         motif yang boleh dianggap sebagai motivasi luaran yang menjadi landasan kepada setiap tingkah laku

                                         atau tindakan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan.


            PENERIMAAN SEMUA NILAI                Menerima semua nilai yang terdedah kepada individu tersebut yang menjadi landasan kepada perlakuannya.



            PEMILIHAN NILAI TERTENTU              Memilih nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada indivdu tersebut yang menjadi landasan kepada
                                                  perlakuannya.

            KOMITMEN                              Memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan kepada perlakuannya dan
                                                  sanggup mempertahan kepercayaan ini daripada sebarang cabaran.





   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   247   248   249   250   251   252   253   254   255   256   257