Page 104 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 104

KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH






                                                          ASPEK IKLIM DAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH


          Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Suasana fizikal bilik

             darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang
             pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru.


          Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan perkara-perkara yang
             berkaitan denagn tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan sempurna.

          Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud begitu sahaja. Seseorang guru hendaklah merancang

             serta melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan ke arah persekitaran dan iklim yang sedemikian. Suasana bilik darjah yang harmonis
             membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya.

             Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan-pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan

             murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah
             tersebut.


          Pengurusan bilik darjah juga akan semakin baik apabila sistem penyeliaan diurus dengan berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam
             mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap

             murid pada setiap awal tahun secara tidak langsung ia dapat mengembangkan budaya bertanggungjawab, kerjasama serta hubungan baik
             antara mereka dengan guru dan sesama mereka.





                                                     NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109