Page 105 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 105
KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
ASPEK IKLIM DAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH
Dari aspek pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan bilik darjah itu sentiasa
bersih dan kerusi mejanya teratur. Sudut-sudut pembelajaran hendaklah diwujudkan bagi
merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik.
Selain itu, penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan fizikal dan
iklim bilik darjah. Walaupun tempat-tempat duduk dalam bilik darjah tidak dapat diganti
atau diubah-ubah dari segi fizikal, namun beberapa perkara penting harus diawasi oleh
guru.
Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah merancang
pergerakan pelajar, tingkah laku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar,
mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan
prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran.
Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi pula, guru perlu memiliki kemahiran
komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan
empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar.
Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

