Page 106 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 106

KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH






                                                               ASPEK KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH


          Ini kerana murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali pengajaran dan

             pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui

             tingkah laku manusia. Terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid yang mendesak guru menggunakan yang
             optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru memahami tingkah laku dan budaya murid supaya sebarang

             tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.


          Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan
             mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di

             samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya,

             dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya.

          Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan bilik darjah yang efektif. Salah satunya

             adalah kemahiran berkomunikasi dan ianya teras kepada pembentukan budaya yang positif dalam bilik darjah. Komunikasi
             merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan

             murid, perhubungan antara mereka sentiasa wujud dan penting. Proses sosialisasi tidak akan di bilik darjah tidak akan berlaku

             sekiranya tidak wujud komunikasi.






                                                     NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111