Page 17 - PBD Plus BM T1 (EG)
P. 17

Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Unit 4
             Kemahiran Menulis


       SP 3.4.1 Membina kerangka penulisan dengan menyenaraikan isi yang sesuai secara terancang dan kemas menggunakan bahasa yang tepat.
      Tulis kerangka penulisan yang lengkap berdasarkan tajuk ‘Langkah-langkah Menjaga Keselamatan Diri
      Semasa Berbasikal di Jalan Raya’ .


      Pendahuluan:
      banyak kemalangan jalan raya melibatkan penunggang basikal – cedera parah dan mengakibatkan kematian –
      risiko kemalangan semasa menunggang basikal di jalan raya adalah lebih tinggi berbanding dengan
      menggunakan kenderaan lain


      Isi-isi penting:
      (a)  mematuhi peraturan jalan raya – tidak melanggar lampu isyarat – menunggang basikal dengan berhemah
          dan tidak berlumba-lumba  atau berbual-bual  sambil menunggang basikal – memberikan isyarat tangan

          semasa ingin membelok ke kiri atau ke kanan

      (b)  mengutamakan keselamatan semasa menunggang basikal – memastikan basikal selamat untuk digunakan –

          keadaan brek dan tayar yang berfungsi dengan baik – tidak mengubah suai basikal seperti basikal lajak dan
          sebagainya – memakai pakaian yang cerah, topi keledar basikal, dan kasut yang sesuai



      (c)  sentiasa berwaspada dan berhati-hati di jalan raya – tidak melintas sesuka hati – memandang ke kiri dan kanan
          serta memastikan tiada kenderaan semasa melintas – menunggang di sebelah tepi jalan raya – tidak

          menunggang basikal di kawasan lalu lintas yang sesak

      (d)  sediakan diri dengan kemahiran untuk mengawal keseimbangan basikal – mengetahui cara mengawal gear

          serta sentiasa yakin terhadap diri semasa berbasikal – jangan mudah panik walaupun berada dalam situasi
          yang cemas



      Penutup:
      keselamatan di jalan raya tanggungjawab diri sendiri – malang tidak berbau – menunggang secara berhemah
      dapat mengelakkan sebarang tragedi






        AKTIVITI PAK-21                                                                        Peta Pemikiran
             Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
             Setiap kumpulan perlu menyediakan peta pemikiran yang mengandungi maklumat tentang punca-
             punca kemalangan jalan raya.
             Hasil dapatan murid akan ditampal di hadapan kelas.





                                                                                            Pendidikan Keselamatan
                                                                                            Jalan Raya


      © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                     8            TAHAP PENGUASAAN  1  2  3   4   5   6






  Unit 01 to 05.indd   8                                                                                   14/11/2022   4:44 PM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22