Page 15 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 15

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

       Jawapan

       Kata hubung
       (i)   apabila
            Ayat: Mereka segera membaiki kerosakan pada kenderaan itu apabila lampu isyarat pada
            papan pemuka menunjukkan ada masalah pada bahagian enjin kenderaan tersebut.
       (ii)   serta
            Ayat: Semangat yang tinggi, daya tahan dan keberanian, serta kegigihan merupakan elemen
            positif yang perlu ada pada diri setiap peserta sukan lasak.

       Kata bantu
       (i)   sudah
            Ayat: Semua peserta kem motivasi itu sudah bersiap sedia untuk pergi ke tapak perkhemahan
            yang terletak di Kuala Woh, Tapah.
 Bab     2
       (ii)   akan
            Ayat: Mereka akan menyiapkan kerja itu dengan segera walaupun tarikh akhir penyerahan
            projek tersebut masih lama lagi.

        Membina Ayat daripada Kata Ganda
      Contoh Soalan dan Jawapan

        Soalan      Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda. Kemudian, anda
                    dikehendaki untuk membina  satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
                    dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh
                    menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai
                    peribahasa atau nama khas.
              Makan malam merupakan masa yang terbaik untuk melengkapkan pengambilan makanan
       dalam sehari. Contohnya, sekiranya terdapat kekurangan jenis-jenis makanan yang diambil pada
       siang hari, makanan tersebut boleh diambil semasa makan malam. Sebaik-baiknya sediakan dua
       hidangan sayur dan satu daripadanya ialah sayur berdaun hijau. Elakkan daripada makan terlalu
       hampir dengan waktu tidur. Makanlah sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.

       Dipetik dan diubah suai daripada  https://www.sinarharian.com.my/article/27431/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/
       tip-makanan-sihat


       Jawapan

       Kata ganda
       (i)   jenis-jenis
            Ayat: Kanak-kanak sering didedahkan dengan jenis-jenis makanan yang kadangkala boleh
            mengundang pelbagai jenis penyakit berbahaya.
       (ii)   sebaik-baiknya
            Ayat: Sebaik-baiknya kita hendaklah mengurangkan pengambilan makanan yang terproses,
            bergoreng, berminyak, dan berasaskan santan.
       (iii)   sayur-sayuran
            Ayat: Pengambilan sayur-sayuran adalah penting untuk diet yang seimbang serta boleh
            mengurangkan risiko penyakit kronik tertentu.

       88
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20