Page 33 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 33

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

          juga perlu mengelakkan diri daripada berjalan berseorangan dan menggunakan jalan yang
          sunyi.

          Dipetik dan diubah suai daripada ‘Orang Ramai Perlu Lebih Peka Cegah Kejadian Ragut’ https://www.
          astroawani.com/berita-malaysia/

      2.  Berdasarkan petikan di bawah ini, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya
         yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.

                 Pembinaan  rumah  transit  untuk  gelandangan  yang  dikenal sebagai  Anjung Singgah
          besar peranannya terhadap gelandangan. Sejak rumah ini ditubuhkan  pada tahun 2016,
          sebanyak 7047 orang gelandangan telah mendaftar masuk. Daripada jumlah tersebut, sebanyak
          151 orang pula berjaya memperoleh pekerjaan hasil padanan kerjaya oleh pengurus rumah
          Anjung Singgah dengan para majikan. Kita mengucapkan tahniah kepada Menteri Wilayah
          Persekutuan, yang bukan sahaja telah  menyediakan penginapan yang selesa kepada banyak
          gelandangan tetapi berusaha untuk menjaga kebajikan mereka secara berterusan.
 Bab     2
          Dipetik dan diubah suai daripada ‘Gelandangan Oh Gelandangan’ oleh Johari Yap,  https://www.
          sinarharian.com.my/article, 18 Mei 2020

      3.  Berdasarkan petikan di bawah ini, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap nagi tiga ayat
         yang dipilih seperti yang berikut:
         Subjek:
         Predikat:

                 Aktiviti riadah dapat menyihatkan tubuh badan kita dan mengeratkan hubungan
          kekeluargaan. Dengan itu, kita selalu melihat masyarakat kini mengamalkan aktiviti tersebut
          bersama-sama  keluarga.  Natijahnya,  kecergasan  masyarakat  kita  semakin  meningkat  dan
          hubungan silaturahim dalam keluarga semakin utuh. Aktiviti riadah ini juga mampu
          melahirkan masyarakat yang berstamina tinggi, sekali gus menyumbangkan peningkatan
          produktiviti. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah membudayakan aktiviti ini demi kesejahteraan
          diri, keluarga, dan negara


                                                              7



      1.  Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan aktif yang bergaris di bawah ini
         kepada ayat bersusunan pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

                 Masyarakat harus mengamalkan kebersihan sebagai budaya dalam kehidupan harian.
          Masyarakat tidak harus membuang sampah di merata-rata tempat. Setiap lapisan masyarakat
          haruslah mempunyai perasaan bertanggungjawab apabila melihat sampah bertaburan. Mereka
          haruslah sukarela mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah. Pembuangan
          sampah yang tidak mengikut peraturan perlu dibanteras dengan memastikan tiada aktiviti
          pembuangan sampah secara haram. Hal ini demikian kerana, pembuangan sampah secara
          haram ini boleh mencemarkan alam sekitar.
          Dipetik dan diubah suai daripada ‘Amalkan Budaya Menjaga Kebersihan dalam Komuniti’,  https://
          www.utusanborneo.com. 3 April 2020




       106
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38