Page 32 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 32

Bahasa Malaysia
                                                    Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
          Contoh         Jawapan Murid



        (i)  Subjek: banyak ibu bapa terlupa 
            Predikat: untuk melakukan pemeriksaan mengejut terhadap anak-anak mereka ketika dibiarkan
            sendiri di rumah 
        (ii)  Subjek: ibu bapa memberikan alasan 
            Predikat: bahawa mereka sibuk bekerja dan terikat dengan pelbagai komitmen penting.
        (iii)  Subjek: ibu bapa 
            Predikat: terpaksa fokus kepada usaha menyejahterakan pendapatan seisi keluarga 


      Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan murid
         Murid tidak dapat memastikan  antara subjek dengan predikat dalam ayat ini. Jawapan yang diberikan   Bab     2
           oleh murid ialah subjek dan predikat. Subjeknya ialah Banyak ibu bapa, manakala predikatnya ialah
           terlupa untuk melakukan pemeriksaan mengejut terhadap anak-anak mereka ketika dibiarkan sendiri di
           rumah.
         Bahagian ini bukanlah predikat tetapi keterangan kepada predikat, iaitu terlupa.
         Murid masih tidak dapat mengenal pasti antara subjek dengan predikat dalam ayat ini. Jawapan yang
           diberikan oleh murid ialah subjek dan predikat. Subjeknya ialah Ibu bapa, manakala predikatnya ialah
           memberikan alasan.
         Murid dapat mengemukakan subjek yang tepat bagi ayat ini iaitu Ibu bapa.
         Murid juga dapat mengemukakan predikat yang tepat bagi ayat ini, iaitu terpaksa fokus kepada usaha
           menyejahterakan pendapatan seisi keluarga.

          Contoh         Jawapan Pemeriksa


        (i)    Subjek: banyak  ibu bapa
             Predikat: terlupa untuk melakukan pemeriksaan mengejut terhadap anak-anak mereka ketika
            dibiarkan sendiri di rumah
        (ii)   Subjek: ibu bapa
             Predikat: memberikan alasan bahawa mereka sibuk bekerja dan terikat dengan pelbagai komitmen
            penting.
        (iii)   Subjek: ibu bapa
             Predikat: terpaksa fokus kepada usaha menyejahterakan pendapatan seisi keluarga


                                                                 6


        1.  Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat
           bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
                   Orang ramai harus berusaha untuk mengelak daripada menjadi mangsa kes jenayah ragut.
             Hal ini dapat dilakukan sekiranya mereka lebih peka akan keadaan sekeliling dan mengambil
             langkah-langkah keselamatan.  Mereka tidak harus memperagakan  barang kemas secara
             berlebihan. Menurut penganalisis jenayah, antara kesilapan yang kerap dilakukan masyarakat
             ketika berada di tempat awam ialah mereka terlalu leka dengan telefon bimbit sehingga tidak
             sedar bahawa barangan berharga mereka menjadi sasaran peragut. Selain itu, kita hendaklah
             berjalan secara melawan arus supaya kita dapat melihat sesiapa yang berada di hadapan kita. Kita

                                                                                           105
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37