Page 31 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 31
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Contoh Soalan dan Jawapan
Soalan Berdasarkan petikan di bawah ini, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi
tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut:
Subjek:
Predikat:
Akses Internet merupakan satu jaringan yang amat penting dalam kehidupan bersosial pada
zaman ini. Internet merupakan keperluan yang seharusnya ada pada setiap individu terutama yang
bekerja. Di rantau Asia, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kadar penggunaan
Internet tertinggi. Sebanyak 75 peratus rakyat Malaysia sudah mengenali Internet dan menjadi
pengguna Internet dalam aktiviti seharian mereka. Penggunaan Internet sudah tentu akan
memberikan pelbagai kesan negatif jika penggunaannya tidak terkawal. Oleh itu, para pengguna
Internet perlulah bijak menggunakan Internet agar tidak memudaratkan mereka.
Bab 2
Jawapan
(i) Akses Internet merupakan satu jaringan yang amat penting dalam kehidupan bersosial pada
zaman ini.
Subjek: akses Internet
Predikat: merupakan satu jaringan yang amat penting dalam kehidupan bersosial pada zaman ini
(ii) Internet merupakan keperluan yang seharusnya ada pada setiap individu terutama yang
bekerja.
Subjek: Internet
Predikat: merupakan satu keperluan yang seharusnya ada pada setiap individu terutama yang
bekerja
(iii) Sebanyak 75 peratus rakyat Malaysia sudah mengenali Internet dan menjadi pengguna Internet
dalam aktiviti seharian mereka.
Subjek: sebanyak 75 peratus rakyat Malaysia
Predikat: sudah mengenali Internet dan menjadi pengguna Internet dalam aktiviti seharian
mereka
Tip Pemeriksa untuk Skor A
Berdasarkan petikan di bawah ini, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat
yang anda pilih seperti yang berikut:
Subjek:
Predikat:
Banyak ibu bapa terlupa untuk melakukan pemeriksaan mengejut terhadap anak-anak mereka
ketika dibiarkan sendirian di rumah. Ibu bapa memberikan alasan bahawa mereka sibuk bekerja dan
terikat dengan pelbagai komitmen penting. Ibu bapa terpaksa fokus kepada usaha menyejahterakan
pendapatan seisi keluarga. Namun begitu, pendidikan dan perhatian terhadap anak masih penting.
Hal ini demikian kerana, banyak pengaruh negatif yang boleh merosakkan pemikiran anak-anak
seperti pedofilia, pengguguran haram, pembuangan bayi, dan seks bawah umur.
104

