Page 30 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 30

Bahasa Malaysia
                                                    Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
          Contoh         Jawapan Pemeriksa


       (i)   Apakah cerminan diri kita?
       (ii)  Mengapakah rakan ialah cerminan diri kita?
       (iii)  Apakah kriteria pertama untuk memilih rakan?
       (iv)  Mengapakah kita perlu selektif dalam memilih rakan?
       (v)  Siapakah yang harus membimbing anak-anak agar memilih rakan dengan betul?
       (vi)  Mengapakah ibu bapa harus membimbing anak-anak agar agar memilih rakan dengan betul?


         Menentukan Subjek dan Predikat dalam Ayat                                      Subjek dan
                                                                                        Predikat
      Strategi Menjawab Soalan Menentukan Subjek dan Predikat
        1.  Menurut Tatabahasa Dewan, subjek ialah konstituen dalam sesuatu ayat yang   VIDEO 7     Bab     2
           terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan. Konstituen ini terdiri daripada frasa nama
           (FN) dan menjadi unsur yang diterangkan.
        2.  Predikat pula ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam sesuatu frasa seperti Frasa Nama (FN),
           Frasa  Kerja  (FK),  Frasa  Adjektif  (FA),  dan  Frasa  Sendi  Nama  (FSN).  Frasa-frasa  tersebut  menjadi
           unsur yang menerangkan subjek.
        3.  Sebelum menjawab soalan ini, calon hendaklah membaca arahan soalan dengan teliti supaya dapat
           mengenal pasti tugasan dengan jelas.
        4.  Kemudian, baca petikan dengan teliti untuk memahami keseluruhan petikan tersebut.
        5.  Subjek bagi ayat susunan biasa, lazimnya terletak pada bahagian awal ayat, manakala predikat pula di
           bahagian belakang ayat.
        6.  Jika ada kata penunjuk ‘itu’ yang terletak pada bahagian awal ayat, kata penunjuk ‘itu’ memisahkan
           antara subjek dengan predikat.

             Contoh ayat:
             (a)    Orang yang memakai cermin mata hitam itu abang sepupu saya.
                  Subjek:   orang yang memakai cermin mata hitam itu
                  Predikat:  abang sepupu saya

             (b)    Pegawai itu menjelaskan perkara sebenar supaya pelanggan memahaminya.
                     Subjek:   pegawai itu
                     Predikat:  menjelaskan perkara sebenar supaya pelanggan memahaminya


        7.  Subjek juga dapat dikenal pasti daripada frasa nama yang digunakan pada bahagian subjek.
             Contoh ayat:
             (a)    Pengetua  menasihati  murid-murid  agar  menjaga  disiplin  mereka  di  mana-mana  mereka
                 berada.
                     Subjek:   pengetua
                  Predikat:  menasihati  murid-murid  agar  menjaga  disiplin  mereka  di  mana-mana  mereka
                 berada
             (b)    Buah durian mendapat pasaran yang baik di luar negara kerana rasanya yang enak.
                      Subjek:   buah durian
                      Predikat:  mendapat pasaran yang baik di luar negara kerana rasanya yang enak



                                                                                           103
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35