Page 51 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 51

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
      3.  Terdapat juga perumpamaan yang tidak disebutkan kata perbandingannya. Contohnya musuh dalam
         selimut; sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain; dan sebagainya.


    Pepatah
      1.  Pepatah terdiri daripada susunan perkataan yang berangkap dan terdapat pengulangan kata dan
         terputus-putus.
      2.  Contohnya, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul; di mana ada gula, di situ ada semut; bagaimana
         acuan, begitulah kuihnya; dan sebagainya.

    Bidalan
      1.  Bidalan merupakan perkataan yang pendek dan sebati dalam kehidupan harian masyarakat Melayu.
      2.  Contohnya, air tenang jangan disangka tiada buaya; sediakan payung sebelum hujan; dan sebagainya.

    Perbilangan
      1.  Perbilangan ialah susunan perkataan yang sudah menjadi seperti peraturan, undang-undang, atau adat
 Bab     2
         serta nasihat.
      2.  Perbilangan mengandungi unsur pasangan maksud dalam susunan rangkai kata yang berkerat-kerat
         dan diucapkan bait demi bait.
      3.  Contohnya,  bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat;  sekilas ikan di air, dah tahu
         jantan betinanya; dan sebagainya.

    Kata-kata Hikmat
      1.  Kata-kata hikmat atau dikenali juga sebagai kata pujangga ialah perkataan atau ungkapan orang bijak
         pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi.
      2.  Ungkapan tersebut mengandungi nasihat, panduan, dan peringatan sebagai pedoman dalam kehidupan
         manusia.
         Contoh:
         (a)  Bahasa jiwa bangsa
         (b)  Muafakat membawa berkat
         (c)  Pandu cermat jiwa selamat
         (d)  Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan



      B   Strategi Menjawab Soalan
      1.   Baca arahan soalan dengan teliti dan fahami kehendak arahan tersebut.
      2.   Bagi soalan yang  memerlukan  calon  menyenaraikan dua  peribahasa  yang  terdapat  dalam  petikan,
         calon hendaklah memilih peribahasa yang betul-betul difahami maksudnya. Hal ini supaya, calon
         dapat memberikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud yang tepat.
      3.   Bagi soalan yang memerlukan calon mengemukakan tiga peribahasa berdasarkan petikan, calon
         hendaklah memahami situasi dalam petikan tersebut. Hal ini dapat membantu calon menentukan
         peribahasa yang sesuai dengan gambaran situasi yang diberikan.
      4.  Setelah calon yakin akan pilihan peribahasa tersebut, tulis peribahasa dengan lengkap. Contoh menulis
         jawapan:  Tiga peribahasa yang sesuai dengan petikan tersebut ialah Biar putih tulang jangan putih
         mata, gergaji dua mata, dan beri betis hendakkan paha.
      5.  Dalam petikan yang diberikan, ada beberapa kata kunci yang dapat membantu calon menentukan
         peribahasa yang sesuai.




       124
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56