Page 38 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 38
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
3
Baca petikan dan sajak di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda Semangat
Patriotisme
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan dan bahan. VIDEO 10
Bahan 1 – Petikan
Isu semangat patriotisme selalu menjadi bahan perbualan dalam kalangan rakyat Malaysia
kerana semangat ini amat penting. Antara kepentingannya ialah semangat patriotisme mampu
membina negara yang aman, damai, dan makmur. Dengan itu, rakyat akan berasa bahagia dan
sejahtera tinggal di negara ini. Malahan, situasi ini akan merangsang lebih banyak pelabur asing
melaburkan wang mereka di negara kita. Natijahnya, ekonomi negara dapat diaktifkan sekali gus
masalah pengangguran rakyat dapat dikurangkan. Tambahan pula, semangat patriotisme juga
akan memangkin kemajuan negara kerana rakyat berganding bahu untuk melonjakkan kemajuan
negara.
Semangat patriotisme juga akan melonjakkan usaha untuk meningkatkan imej negara pada
peringkat antarabangsa. Atlet-atlet negara yang berjaya seperti Datuk Lee Chong Wei, Azizulhasni
Awang, dan Datuk Nicole Ann David sanggup berkorban untuk meningkatkan imej negara.
Tambahan pula, semangat patriotisme juga akan mendorong rakyat menjaga nama baik negara
daripada tercemar. Oleh itu, sebarang perlakuan buruk sama ada di dalam negara atau di luar
negara akan dijauhi semata-mata mahu menjaga nama baik negara. Di samping itu, semangat
patriotisme juga akan melonjakkan semangat generasi muda untuk meneroka peluang-peluang
baharu dalam pelbagai bidang. Mereka akan merintis bidang-bidang yang mampu menjadi
penanda aras kepada kejayaan bangsa Malaysia.
Semangat patriotisme juga merupakan elemen penting untuk membentengi negara daripada
penjajahan bentuk baharu. Hal ini demikian kerana, semangat patriotisme dalam kalangan rakyat
mampu menolak sebarang usaha penjajahan. Kita tahu bahawa ledakan langit terbuka memudahkan
usaha-usaha penjajahan ini tetapi rakyat yang berpatriotisme tinggi mampu menepisnya. Semangat
patriotisme juga mampu melonjakkan jualan produk tempatan sekali gus merancakkan ekonomi
negara. Hal ini demikian kerana, rakyat akan mengutamakan pembelian barangan tempatan Bab 4
berbanding dengan barangan import. Kita mahu rakyat negara kita berasa bangga apabila membeli
barangan keluaran negara mereka dan berasa megah apabila menggayakannya.
(Dipetik daripada ‘Kepentingan Semangat Kejiranan’, laman web Jom.ri)
271
004a Focus SPM BM.indd 271 12/01/2022 2:41 PM

