Page 40 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 40

Bahasa Malaysia
                                                                    Bahasa Melayu  SPM   Bab 4 Rumusan
                   Rasuah juga boleh menggugat kesejahteraan negara apabila terdapat warganegara asing yang
            memperoleh kewarganegaraan di negara ini dengan cara memberikan rasuah. Warganegara asing
            ini tidak mematuhi syarat-syarat dan saluran-saluran yang sah. Malahan rasuah juga menyebabkan
            permasalahan asas yang dihadapi oleh rakyat seperti kemiskinan akan terus gagal dilaksanakan
            kerana sumber-sumber yang telah disalurkan kepada kumpulan ini telah diselewengkan oleh
            pihak tertentu. Tambahan pula, rasuah akan menyebabkan pentadbiran kerajaan akan dilihat
            sebagai lemah kerana kerajaan kehilangan atau kerugian hasil pendapatan akibat amalan tindakan
            yang tidak bertanggungjawab oleh kakitangan kerajaan yang diberikan amanah.

                   Malahan, amalan rasuah juga akan menjejaskan nama baik negara pada peringkat
            antarabangsa. Para pelabur akan hilang keyakinan untuk melaburkan wang mereka di negara yang
            memang banyak rasuah. Hal ini demikian kerana, mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan
            yang banyak untuk menjalankan operasi perniagaan mereka lantaran banyak pihak yang ingin
            akan rasuah. Di samping itu, amalan rasuah juga boleh meningkatkan kadar jenayah di negara
            kita. Hal ini demikian kerana, penjenayah tidak berasa takut dengan hukuman kerana mereka
            boleh merasuah pihak berkuasa untuk melepaskan mereka daripada tindakan undang-undang.
            Keadaan ini boleh menimbulkan kekacauan kerana pihak yang tidak berpuas hati dengan pihak
            berkuasa akan mengambil tindakan sendiri kepada penjenayah yang dilepaskan itu.

                Dipetik dan diubah suai daripada Mencegah Rasuah Pendekatan Integriti dan Amalan Tadbir
                                         Urus yang Berkesan , Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)



           Bahan 2 – Sajak

                                          Usah Terlibat dengan Rasuah

            Usah terlibat dengan rasuah,                                                                                                                                         Usahlah terlibat dengan rasuah,
            perbuatan demikian dimurkai Allah,                                                                                                                                        bila tertangkap semuanya musnah,
            pemberi dan penerima rendah maruah,                                                                                                                                    kemesraan sekeluarga punah ranah,
            ingatlah anak isteri di rumah.                sementelah tertuduh diheret ke mahkamah.

            Usahlah terlibat dengan rasuah,                                                                                                                                     Usahlah terlibat dengan rasuah,
            kenanglah bapa bekerja di sawah,                                                                                                                    kehidupan berintegriti tidaklah susah,                                                                                                                                    Bab     4
            membesarkan kita dengan payah,                                                                                                                                      selalulah sujud di atas sejadah,
            janganlah biarkan mereka berasa gundah.       kepada Allah tangan ditadah.

            Usahlah terlibat dengan rasuah,
            rezeki yang ada cukuplah sudah,
            dosa pahala jangan dianggap mudah,                                                                                                                                       Kamaruddin Hassan
            ingatlah kita akan kembali ke tanah.          Shah Alam Selangor














                                                                                                273





   004a Focus SPM BM.indd   273                                                                  12/01/2022   2:41 PM
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45