Page 43 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 43
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Amalan ziarah-menziarahi juga dapat membina masyarakat penyayang. Apabila ada
sesebuah keluarga yang ditimpa kesusahan, masyarakat di sekitarnya datang untuk memberikan
bantuan dan sokongan moral. Tambahan pula, amalan ini dapat mewujudkan sikap suka bergaul
dalam kalangan generasi muda kerana mutakhir ini, generasi muda lebih suka menyendiri dan
bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Malahan, para remaja
juga akan belajar tentang adab-adab semasa berkunjung ke rumah orang. Di samping itu, amalan
ziarah-menziarahi ini dapat menangani masalah jenayah setempat. Apabila hubungan masyarakat
menjadi rapat, masyarakat akan lebih mudah untuk bekerjasama bagi membanteras jenayah yang
berlaku di kawasan mereka. Sebagai contohnya, jika ada jiran yang balik ke kampung, jirannya
yang lain akan menjaga keselamatan rumah jirannya itu.
Di samping itu, amalan ziarah-menziarahi ini juga dapat membentuk masyarakat prihatin
dan bertanggungjawab. Jika ada jiran yang sakit, jiran di sekitarnya akan menziarahinya. Kunjungan
itu sudah tentu memberikan kelegaan dan ketenangan kepada seisi tuan rumah kerana ada pihak
yang mengambil berat keadaan mereka. Malahan, amalan ini mampu meluaskan ilmu pengetahuan
kerana semasa berbual-bual, banyak informasi berguna yang dapat dikongsi secara bersama.
Tambahan pula, amalan ini dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan masyarakat. Hal
ini demikian kerana, masyarakat saling mengenali dan mampu memberikan teguran kepada
anak-anak jiran secara berhemah hasil perhubungan yang dibentuk melalui amalan kunjung-
mengunjung.
Dipetik dan diubah suai daripada “Kebaikan-kebaikan Amalan Berziarah”,
laman web maribelajaradab.
Bahan 2 – Grafik
RUMAH
TERBUKA ERAT
SILATURAHIM
Budaya orang Melayu sambut
Hari Raya Aidilfitri masih kekal hingga kini
Bab 4
Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah untuk telah memutuskan bahawa sebanyak enam gawang minda kita ialah apakah
sambutan perayaan di negara ini termasuk Hari Raya perayaan kaum dianggap sebagai perayaan utama kepentingan-kepentingan amalan rumah
Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas. negara yang diraikan pada peringkat kebangsaan terbuka (sebenarnya, amalan rumah
Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan terbuka yang diwujudkan banyak
sehingga pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah negeri. Menyedari kesungguhan kerajaan untuk memberikan kemaslahatan terutamanya
rumah terbuka yang amat sinonim dalam kehidupan mereka menganjurkan rumah terbuka pada peringkat dalam mengeratkan perpaduan kaum
sejak turun-temurun. Kerajaan Malaysia pada tahun 2020 nasional, persoalan yang sering berlegar-legar di dalam kalangan anggota masyarakat.
276
004a Focus SPM BM.indd 276 12/01/2022 2:41 PM

