Page 44 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 44
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
patut kita contohi. Lanjutan daripada itu, tiga tahun kemudian, negara kita berjaya mengeluarkan
produk kereta sendiri yang dinamai Proton Saga. Kini, Proton telah kukuh berada di pasaran
antarabangsa dengan pengeluaran kereta yang canggih dan menepati cita rasa pembeli.
Kejayaan ini sudah tentu hasil daripada pemilikan ilmu dan kepakaran dalam kalangan penduduk
tempatan dan pakar dari luar negara.
Bagi meningkatkan kecemerlangan ilmu dalam kalangan rakyat, kerajaan banyak membina
pusat pengajian tinggi di negara kita. Jika pada tahun 1980-an, hanya ada lima buah pusat
pengajian tinggi awam di negara kita yang menawarkan bidang pengajian yang terhad, kini ada
puluhan pusat pengajian tinggi awam dan ratusan pusat pengajian tinggi swasta yang bersedia
menerima kemasukan pelajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Menariknya, pusat
pengajian tinggi di negara kita turut menjadi pilihan utama pelajar-pelajar dari luar negara. Hal ini
membuktikan pusat pengajian tinggi di negara kita berkualiti dan menepati piawaian antarabangsa.
Para pelajar tempatan haruslah meningkatkan usaha dan iltizam semasa belajar di pusat
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
pengajian tinggi. Mereka haruslah menggunakan pusat pengajian tinggi untuk memperkasa ilmu
pengetahuan, meningkatkan keterampilan diri, dan memperkemas kemahiran diri. Hal ini amat
penting supaya mereka dapat menunjukkan karisma dan kewibawaan mereka apabila diterima
bekerja di sesebuah organisasi. Sumbangan mereka amat besar dalam organisasi tersebut
sehingga mampu melonjakkan pembangunan organisasi dan negara. Dengan itu, pelajar haruslah
bersaing secara sihat dengan rakan-rakan lain dan pusat pengajian yang lain untuk mencapai
kecemerlangan.
Sebagai rumusannya, dapatlah disimpulkan bahawa ilmu pengetahuan merupakan prakarsa
yang amat penting untuk melonjakkan pembangunan negara. Oleh itu, setiap warganegara
haruslah memahatkan iltizam untuk meningkatkan ilmu mereka demi meningkatkan maruah
negara. Menerusi cara ini, warganegara dapat memberikan sumbangan kepada kejayaan negara.
Berpegang pada kata-kata bekas Presiden Amerika tersohor, Abraham Lincoln, “Jangan tanyakan
apakah sumbangan negara kepada kamu, tetapi tanyalah apakah sumbangan kamu kepada
negara.” Sekian, terima kasih.
Nota Visual
Karangan Domain Pendidikan Ibu bapa Pendorong
Kejayaan Anak-anak
Komitmen ibu bapa adalah antara faktor murid memperoleh kecemerlangan dalam akademik
dan juga sahsiah diri. Dengan itu, ibu bapa yang ingin melihat anak mereka berjaya perlu
sanggup berkorban masa dan tenaga membantu kejayaan anak-anak mereka. Kajian mendapati
kebanyakan murid yang berjaya datang daripada ibu bapa yang prihatin terhadap perkembangan
pendidikan anak-anak. Ada ibu bapa yang tidak berpelajaran tinggi, tetapi mampu membantu
kejayaan anak-anaknya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Komitmen Ibu Bapa Bantu Kejayaan’
oleh Zuraidi Mansor, www.bharian.com.my, 17 September 2017
Petikan di atas memaparkan peranan yang dapat dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu kejayaan
anak-anak. Hal ini membuktikan ibu bapa memainkan peranan penting untuk membantu anak-anak
mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Huraikan peranan yang dapat dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan.
Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 94

