Page 41 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 41

Bahasa Melayu  Tingkatan 4  Penulisan

               Langkah 4 :  Membina Penutup AK (Ayat Kesimpulan) + AC (Ayat Cadangan)
                           + AH (Ayat Harapan)

               AK                Kesimpulannya, pihak yang terkesan akibat pandemik COVID-19 harus
                                 bangkit segera untuk memulihkan ekonomi mereka.
               AC                Mereka tidak harus bersikap tunggu dan lihat, sebaliknya bangkit segera
                                 mengatur langkah.
               AH                Tidak mustahil, usaha yang dilakukan secara kecil-kecilan ini akan mampu
                                 menjanakan pendapatan lumayan kepada mereka. Mereka harus ingat
                                 bahawa di tengah-tengah kesulitan hidup masa ini, banyak peluang yang
                                 dapat diambil oleh mereka.

               Ungkapan
               menarik           Perjalanan seribu batu bermula daripada langkah pertama.
                                 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
               atau peribahasa
               Perenggan isi         Kesimpulannya, pihak yang terkesan akibat pandemik COVID-19 harus
               lengkap           bangkit segera untuk memulihkan ekonomi mereka. Mereka tidak harus
                                 bersikap tunggu dan lihat, sebaliknya bangkit segera mengatur langkah.
                                 Cendekiawan China ada mengatakan perjalanan seribu batu bermula
                                 daripada langkah pertama.  Tidak mustahil,  usaha yang dilakukan secara
                                 kecil-kecilan ini akan mampu menjanakan pendapatan lumayan kepada
                                 mereka. Mereka harus ingat bahawa di tengah-tengah kesulitan hidup masa
                                 ini, banyak peluang yang dapat diambil oleh mereka.
               Kira              65 patah perkataan




                Model   Karangan Lengkap

             Karangan Domain Awam


               Setiap kali 31 Ogos, ayah akan membawa saya ke satu tempat yang agak istimewa. Pada tarikh
               itu, majikan ayah saya, seorang pemilik syarikat perlombongan akan mengadakan program khas
               untuk semua pekerja di bawah seliaannya.
                    Para pekerja lombong itu terdiri daripada orang Melayu, Cina, dan India. Majikan ayah saya
               mengadakan ‘Pesta Sukan Rakyat’ yang memberikan peluang kepada semua pekerja dan ahli
               keluarga menyertainya. Antaranya ialah aktiviti memanjat tiang licin, tarik tali, dan lari berganti-
               ganti.

                  Dipetik dan diubah suai daripada ‘Keharmonian Kaum Tonggak Kemakmuran dan Kemajuan’,
                                                                www.bharian.com.my, 16 September 2020


             Petikan di atas memaparkan usaha-usaha untuk membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat
             agar lahir masyarakat yang berpegang pada peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.

             Tulis manfaat-manfaat yang akan kita peroleh hasil daripada pegangan peribahasa tersebut.
             Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.


                                                          91                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46