Page 43 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 43
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Karangan Domain Peribadi
Kepetahan berhujah dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh Qasrien Sazuki, untuk aktif dalam
pertandingan debat, pidato, dan bersajak sejak di bangku sekolah sehingga peringkat universiti.
Kebolehan itu juga memberikannya kelebihan untuk menjadi pemidato khas bagi debat ala
Parlimen, memenangi pelbagai pertandingan, dan terpilih untuk menyertai kem kepimpinan
peringkat sekolah ASEAN. Menurut Qasrien, keberanian dan bakat itu diwarisi daripada ayah dan
datuknya yang bijak berpidato.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Manfaat Kepetahan Bercakap’
oleh Redzuan Muharam, www.hmetro.com.my, 6 Ogos 2018
Anda tertarik dengan kehebatan remaja di atas dan berhasrat untuk mencontohi kejayaannya.
Oleh itu, anda mahu menyertai satu pertandingan pidato yang dianjurkan oleh sebuah badan bukan
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
kerajaan di tempat anda. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah “Pembinaan Masyarakat yang Berilmu
bagi Melonjakkan Pembangunan Negara”.
Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350
hingga 500 patah perkataan.
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, dif-dif kehormat,
dan para hadirin. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tampilnya saya di persada pentas ini
adalah untuk mengupas tajuk syarahan yang berbunyi, ‘Pembinaan Masyarakat yang Berilmu
bagi Melonjakkan Pembangunan Negara’.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Ilmu umpama bintang-bintang yang bergemerlapan yang memberikan cahaya kepada
manusia. Tanpa ilmu, maka gelaplah alam dan cakerawala hidup manusia. Banyak ungkapan
yang menitikberatkan kepentingan ilmu. Antara yang popular ialah hadis Nabi Muhammad
yang bersabda, “Sesiapa yang mahu akan dunia, hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang mahu
akan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang mahu akan kedua-duanya, hendaklah
dengan ilmu.” Sumber untuk kita memperoleh ilmu ada banyak kaedahnya, sama ada dengan
menghadiri sesi persekolahan, belajar dengan orang yang lebih mahir, ataupun membaca buku.
Dengan itu, pencarian dan penerokaan ilmu haruslah dilakukan secara istiqamah bagi memastikan
pembangunan negara dapat dilonjakkan.
Hadirin dan hadirat,
Apabila negara Jepun lumpuh selepas dua bandar utamanya, iaitu Nagasaki dan Hiroshima
dibom, mereka segera bangkit sebagai kuasa ekonomi dunia tidak sampai dua dekad.
Bagaimanakah dalam sekelip mata mereka mampu mencapai kejayaan sebegitu? Hampir setiap
rumah memiliki produk keluaran Jepun, iaitu daripada periuk nasi sehinggalah televisyen. Bukan
setakat itu, malahan alat pengangkutan seperti motosikal dan kereta juga datangnya dari Jepun.
Rahsianya ialah pemimpin Jepun segera memperkasa ilmu dalam kalangan rakyatnya. Mereka
membawa masuk buku-buku dan teknologi dari Barat yang diterjemahkan ke dalam bahasa
Jepun. Sesungguhnya, kejayaan Jepun sebagai sebuah gergasi ekonomi dunia dipacu oleh
kehebatan ilmu yang dicedok oleh mereka dari Barat.
Kejayaan Jepun sebagai sebuah negara yang berjaya dalam bidang ekonomi telah menjadi
inspirasi kepada negara-negara lain termasuk negara kita. Pada tahun 1982, negara kita
melaksanakan Dasar Pandang ke Timur yang menjadikan Jepun sebagai model kejayaan yang
93 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

